-Bab 39

47.9K 3.3K 375
                                    

39. Her tears.

SENYUMAN manis tidak pernah hilang dari wajah Yasmeen saat mendengar celoteh mulut Zarina dengan isteri Zahin, Anisya.

Kini mereka berada di meja batu belakang rumah Puan Zariah, Anisya memotong pelam dan buah namnam.

"Alana pernah rasa tak buah ni?" Soal Zarina kepada Yasmeen sambil menyuapkan potongan buah namnam yang dicicah ke dalam kicap bersama sos cili.

"Tak. Tak pernah jumpa pun dekat KL." Balas Yasmeen dan tersengih lebar sehingga menampakkan susunan kemas gigi putih bersihnya.

"Cuba lah rasa. Sedap." Ujar Anisya yang masih sibuk memotong buah tersebut. Yasmeen mengambil sepotong kecil buah yang dipanggil namnam itu sebelum dicicahkan ke dalam kicap.

Berkerut dahi licin Yasmeen saat mengunyah buah itu, masam manis.

"Sedap kan?" Yasmeen hanya mengangguk mengiyakan soalan Zarina. Walaupun masam, buah tersebut ada rasa manis yang dapat mengimbangi rasa buah itu.

"Ini orang kampung pangil buah katak puru, kalau orang bandar yang mungkin kenal buah ni diorang panggil buah namnam." Terang Anisya tanpa disoal, Yasmeen mengambil lagi potongan buah tersebut.

Kena dengan tekak.

"Ni buah fav Along tau. Dia memang layan kalau orang buat macam ni, cicah dengan kicap campur sos cili. Kurang sikit rasa masam, dia makan lah." Zarina membantu Anisya mengupas kulit buah itu sebelum dipotong kecil.

"Lana tak nak pelam muda ni ke?" Laju Yasmeen menggeleng apabila Anisya menyoalnya, tidak mahu makan pelam muda tersebut kerana sudah tahu yang ianya masam.

"Ni pelam yang dah masak. Manis. Cuba Lana rasa." Anisya menghulurkan pinggan yang terisi dengan potongan mangga masak bewarna kuning.

"Haah ni manis. Cuba Alana rasa." Tambah Zarina pula, Yasmeen mengambil sepotong kecil sahaja mangga masak itu sebelum dirasanya.

Terangkat kening kanan Yasmeen tatkala apa yang dikatakan oleh Zarina dan Anisya itu benar.

"Manis kan?" Yasmeen mengangguk sambil mengambil sepotong lagi buah mangga masak ranum itu. Zarina san Anisya tersenyum, selesa dengan Yasmeen yang mudah mesra dengan mereka.

"Tak ajak pun Along." Kepala Yasmeen pantas berpaling melihat ke arah pintu belakang rumah Puan Zariah saat suara serak basah suaminya menghentam sistem pendengaran.

Kelihatan Jibrail yang berpakaian kasual menyarungkan selipar sebelum mendekati mereka. Sempat Jibrail memberikan senyuman nipis kepada Yasmeen sehingga menyebabkan gadis itu tersengih lebar.

"Dah Along dengan Angah busy dekat kubur. Kitorang tak ajak lah." Balas Zarina sambil meneruskan suapan buah yang dipotong ke dalam mulut.

Yasmeen bergerak sedikit supaya Jibrail dapat duduk di atas kerusi batu itu. Zarina dan Anisya tersengih-sengih melihat kemesraan pasangan tersebut.

"Angah mana? Suami Rina mana?" Soal Zarina sambil bebola mata liar mencari Zahin di dalam rumah. Jibrail mengambil potongan buah namnam itu sebelum dicicahkan ke dalam kicap dan dimasukkan ke dalam mulut.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now