-Bab 40

49.3K 3.3K 143
                                    

40. Don't cry.

BENGKAK kedua belah mata Yasmeen kerana terlampau lama menangis, puas dipujuk oleh Yazir dan Nadia namun tetap gadis itu tidak dapat menahan emosinya.

"Sabar Yasmeen. Jangan macam ni." Pujuk Nadia sambil mengusap lembut belakang tubuh Yasmeen, kini mereka sedang menuju ke kubur.

Semalam selepas sahaja khabar berita mengenai kematian mengejut Datuk Azlan diketahui umum, terus Yazir menuntut jasad tersebut untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Selepas sahaja jenazah sampai pagi tadi, terus diuruskan untuk proses selanjutnya.

"I rindu Papa." Terisak Yasmeen sambil membalas tatapan mata kakak iparnya, Jibrail yang sedang memandu memandang isterinya dari dalam cermin hadapan.

Yazir pula bersama dengan jenazah arwah Datuk Azlan di dalam van jenazah menuju ke kubur manakala anak-anaknya berada di rumah bersama Haikal dan beberapa orang anggota polis.

"Jangan menangis macam ni. Kesian arwah Papa." Nadia mengelap air mata Yasmeen dengan tisu, sesekali wanita itu mengesat air matanya yang turut gugur.

"Abang Yad ada dengan abang Yaz ke?" Nadia mengangguk bagi menjawab soalan Yasmeen, ya lelaki itu juga turut pulang ke Malaysia bersama jenazah Datuk Azlan.

Jibrail mengetap bibir saat mendengar nama lelaki yang disebut isterinya itu.

Sesampai sahaja di kubur, Yasmeen terus turun dari kereta Jibrail tanpa sempat Nadia mengikutnya. Gadis itu seakan hilang kawalan.

"Ya Allah Jibrail. Pergi tangkap dia cepat!" Ujar Nadia apabila melihat Yasmeen berlari menuju ke arah keranda Datuk Azlan yang mahu di keluarkan dari van oleh beberapa orang lelaki di situ.

Laju Jibrail mengejar langkah Yasmeen dan belum sempat gadis itu hendak menerpa keranda Datuk Azlan, Jibrail terlebih dahulu memeluk tubuh Yasmeen dari belakang.

"Let me go!" Jerit Yasmeen kepada Jibrail, orang ramai yang membantu menguruskan jenazah itu turut melihat ke arah pasangan tersebut.

Jibrail memandang ke arah Yazir, memberi isyarat supaya meneruskan proses penguburan arwah manakala dia akan menjaga gadis itu.

Sempat Jibrail memandang wajah Yarid, lelaki itu memaparkan riak wajah tenang.

"Let me go! Jibrail!" Yasmeen memberontak apabila tubuhnya diangkat oleh Jibrail, lelaki itu memaut kemas tubuh isterinya sebelum berjalan keluar dari tanah perkuburan tersebut.

Semasa berselisih dengan Nadia, Jibrail menggelengkan kepala saat wanita itu hendak mengikutnya untuk menenangkan Yasmeen.

Lekas-lekas Nadia masuk ke dalam kawasan perkuburan tersebut apabila melihat wajah tegang milik Jibrail.

Yasmeen menampar kasar belakang tubuh Jibrail namun lelaki itu tidak memberi sebarang reaksi dan terus menuju ke arah kereta.

Pintu dibuka sebelum tubuh Yasmeen dicampak ke dalam perut kereta bahagian belakang. Tajam anak mata gadis itu merenung wajah Jibrail.

Pintu kereta dihempas kasar selepas sahaja lelaki itu masuk.

BAM

Milik JibrailWhere stories live. Discover now