Fake Ending

64.9K 3.5K 843
                                    

Because I always love you.

SENYUMAN manis terukir cantik pada wajah wanita itu saat melihat anak lelakinya yang sedang bermain bola di taman belakang rumah.

Ralit wanita tersebut melihat anak lelakinya yang sudah berusia lima tahun lasak bermain kadang-kadang jatuh namun anak lelaki itu seakan tidak merasai apa-apa.

"Papa! Jom main dengan Jibran!" Yasmeen memalingkan kepala melihat Jibran yang berlari laju mendekati Papanya yang baru sahaja keluar dari rumah.

Lelaki tersebut mengangkat tubuh Jibran sebelum berjalan mendekati Yasmeen. Senyuman manis terukir elok pada wajah wanita tersebut saat dahinya diberikan kucupan hangat penuh sayang.

"I want to kiss Mama too!" Ujar Jibran menyebabkan Jibrail menundukkan sedikit tubuh supaya anak lelakinya itu dapat mengucup dahi Yasmeen.

Wanita tersebut tertawa bahagia, kepala Jibran diusap sayang.

"Mana baju sayang? Suka sangat tayang perut dia tu." Yasmeen menyoal sambil menampar lembut perut berotot Jibrail. Lelaki itu hanya memakai seluar slack tanpa baju.

Nasiblah taman belakang rumah itu dikelilingi dengan tembok tinggi, kalau tidak pasti tubuh suaminya menjadi tontonan umum.

Jibrail hanya tersenyum sebelum berjalan sambil mendukung Jibran menuju ke arah tempat anaknya itu bermain bola.

Mohd Adam Jibran bin Mohd Zeyad Jibrail, anak lelaki sulung Yasmeen dan Jibrail. Berusia lima tahun, anak yang sangat pintar dan tampan persis Papanya.

Yasmeen hanya melihat Jibrail yang meletakkan Jibran di atas tanah sebelum dua orang lelaki kesayangannya itu mula bermain bola.

Kadang-kadang tawa bahagia meletus keluar dari celahan bibir Yasmeen apabila melihat Jibran yang tertawa suka saat dikejar Jibrail.

Tragedi lima tahun lalu menjadi satu titik kematangan hubungan mereka bermula. Senyuman Yasmeen menipis saat teringat akan hal dulu dimana dia hampir kehilangan suaminya.

"Sayang!" Jerit Yasmeen sambil menepuk berkali-kali wajah Jibrail yang tidak sedarkan diri. Lelaki itu terus tumbang saat beberapa peluru menembusi tubuh sasanya.

Yasmeen menekup perut Jibrail yang mengeluarkan banyak darah sehingga mengenai lantai dibawah lelaki tersebut.

Mencurah-curah tanpa henti, bau hanyir mula menusuk ke dalam rongga pernafasan Yasmeen. Air mata mengalir, sedih dan takut bercampur baur.

Sedih kerana melihat Jibrail yang tidak sedarkan diri,

Takut, takut jika lelaki itu pergi meninggalkan dirinya.

"Jibrail!" Yasmeen memalingkan kepala memandang ke arah beberapa orang lelaki yang berlari laju mendekati Jibrail dan dirinya.

Haikal segera memangku kepala sahabatnya yang tidak sedarkan diri. Kepala bergerak melihat ramai lelaki yang sudahpun berjaya ditumbangkan oleh Pasukan Gerak Khas PDRM.

"Haikal tolong suami I!" Rayu Yasmeen sambil memandang Haikal yang turut tampak cemas. Tangan wanita itu tidak lepas daripada menekup perut suaminya yang ditembak.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now