-Bab 9

49.2K 3.5K 83
                                    

9. Jibrail, auranya kelam.

KELOPAK mata yang terpejam rapat tadi kini dicelikkan apabila pintu kereta dibuka oleh seseorang. Kelihatan Yasmeen yang baru sahaja masuk ke dalam kereta dan gadis itu duduk di tempat duduk hadapan.

Berkerut dahi Jibrail tatkala melihat Yasmeen yang sudahpun duduk di sebelahnya itu. Gerak-geri Yasmeen dilihat penuh teliti.

Yasmeen yang perasan akan renungan Jibrail terus berpaling melihat ke arah lelaki itu. Benar sangkaannya yang lelaki tersebut sedang memandang ke arahnya bersama kerutan di dahi.

"Apa?" Soal Yasmeen apabila terasa kekok memenuhi ruang udara di dalam kereta mewah lelaki tersebut. Jibrail memeluk tubuh dan masih melihat Yasmeen.

"Kenapa Cik Alana duduk sini?" Suara berat Jibrail menghentam gegendang telinga Yasmeen menyebabkan gadis itu hanya mengangkat bahu dan kembali berpaling ke hadapan.

"Entah. I tak rasa nak duduk belakang hari ni." Mudah sahaja Yasmeen membalas menyebabkan Jibrail makin pelik. Lama lelaki itu merenung sisi wajah Yasmeen.

"Yang you tengok I macam tu kenapa?" Soal Yasmeen apabila Jibrail masih tidak memandu dan merenung ke arahnya.

"Tempat Cik Alana di belakang." Sebaris ayat yang lebih kepada ayat arahan diberikan kepada Yasmeen. Jibrail masih melihat wajah jelita gadis itu.

"Tak nak." Yasmeen membalas sambil memeluk tubuhnya, belakang badan disandarkan pada kerusi. Matanya membalas renungan mata Jibrail.

Lelaki itu akhirnya mengalah, kepala berpaling ke hadapan kembali sebelum kereta bergerak laju di atas jalan. Yasmeen hanya tersenyum sinis, suka apabila melihat Jibrail membisu tidak membalasnya.

Hampir 20 minit mengambil masa di atas jalan, akhirnya mereka sampai di tempat yang di tuju. Jibrail berhenti di hadapan sebuah butik besar yang tampak sangat mewah.

Yasmeen segera turun dari kereta sebelum melihat dengan penuh teruja butik pakaian yang bakal menjadi miliknya itu. Jibrail hanya melihat telatah gadis tersebut, dia turut keluar dari perut kereta.

Satu alat kecil bewarna hitam yang bersambung dengan wayar halus di sumbat ke dalam lubang telinga kanannya. Kaca mata hitam turut dipakainya tadi, mask hitam juga tidak dilupakan.

Kaki panjang Jibrail melangkah mengikuti Yasmeen yang sudahpun mahu masuk ke dalam butik.

"Yasmeen!" Melebar terus senyuman pada wajah Yasmeen apabila seorang perempuan yang tampak sedikit berusia berjalan menuju ke arahnya.

"Auntie Jane." Yasmeen membalas pelukan perempuan yang di gelar Jane itu dengan mesra. Sahabat baik arwah mamanya.

"Lamanya tak jumpa Yasmeen. Auntie rindu sangat dekat Yasmeen." Dakapan dileraikan sebelum Jane mengelus lembut lengan anak arwah sahabatnya. Yasmeen hanya tersenyum manis.

"Yasmeen pun rindu auntie." Ujar Yasmeen penuh ikhlas, dia sudah menganggap Jane seperti mama keduanya. Perempuan itu sangat baik dan prihatin terhadap dirinya.

Jane tergelak kecil sebelum matanya melirik melihat ke arah Jibrail yang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Yasmeen, siapa lelaki tu? Boyfriend Yasmeen ke?" Soal Jane sambil memandang Jibrail. Lelaki tersebut hanya diam tidak bersuara manakala Yasmeen memalingkan kepala memandang Jibrail.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now