-Bab 5

53.4K 3.6K 317
                                    

5. Sakit hati.

YASMEEN hanya membisu, tubuh dipeluk erat. Wajah yang masam mencuka ditayang untuk menunjukkan bahawa dia sedang tidak puas hati.

Apabila kereta milik Jibrail berhenti sahaja di hadapan rumah Yazir, Yasmeen dengan pantas hendak membuka pintu kereta namun Jibrail lebih cekap mengunci pintu kereta tersebut.

Yasmeen berdecit marah, geram dengan tindakan Jibrail.

"You ni dah kenapa?" Kuat suara Yasmeen menyoal bersama renungan mata yang tajam merenung ke arah Jibrail yang masih santai di hadapan.

Yasmeen mendengus kuat sebelum bertindak membuka kembali pintu dengan cara menekan unlock pada pintunya.

"Cik Alana." Tindakan Yasmeen terhenti apabila Jibrail menyeru namanya. Lelaki itu masih tidak memandang ke arah Yasmeen, hanya memandang hadapan.

"Kenapa keluar tanpa bagitahu saya?" Jibrail menyoal dengan nada suara yang terkawal. Lelaki itu langsung tidak melihat wajah Yasmeen, hanya menyoal semata-mata.

"For what I kena bagitahu you? You bukannya abang or family I untuk tahu kemana I pergi." Berkerut dahi Yasmeen apabila mendengar suara tawa yang dihamburkan oleh Jibrail.

Kedengaran sangat sinis.

"Saya ditugaskan untuk jaga Cik Alana." Ujar Jibrail santai, kini anak matanya tajam merenung Yasmeen dari dalam cermin hadapan.

"I tak suruh pun you jaga I." Yasmeen pun tidak kurang santainya, mata membalas renungan tajam mata Jibrail.

Lelaki itu mengukirkan senyuman sinis dibalik mask hitamnya.

Gadis tersebut benar-benar keras kepala.

"Then tadi boleh ke jaga diri sendiri?" Jibrail menyoal sinis, sengaja hendak provok gadis itu. Wajah Yasmeen berubah riak, anak matanya kini beralih merenung ke arah lain.

"I call abang Yazir bukan you." Kini suara Yasmeen sudah kembali normal, tidak sekasar tadi.

Gadis itu memeluk tubuh dan memandang ke arah lain, tidak mahu melihat anak mata lelaki di hadapannya.

"Abang awak ada ke datang? Dia hantar siapa datang tengok awak sekarang ni?" Sekali lagi Jibrail menyoal sinis. Yasmeen menggulingkan biji matanya.

Jibrail mengalihkan bebola matanya memandang ke arah lain. Topi yang dipakainya ditanggalkan sebelum rambut diraupkan ke belakang.

"I tak kisah apa yang you nak cakap. I nak keluar—"

"Jangan suka menyusahkan orang lain. Ajar diri untuk disiplin. Kalau orang cakap A, ikut sahaja A bukan pilih B atau C." Kias Jibrail penuh sinis dan kedengaran agak pedas.

Kepala Yasmeen lekas berpaling memandang Jibrail. Lelaki itu sedang memakai topi dan tidak melihat ke arahnya langsung.

"Jangan nak mengajar I. I bukan budak kecil!" Bentak Yasmeen keras. Jibrail menjungkitkan kedua belah bahunya dan mencebik disebalik topeng mukanya.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now