-Bab 49

42.9K 3K 130
                                    

49. The truth.

YASMEEN mendekati Nadia yang sedang berada di kolam mandi bersama suami dan anak-anak wanita itu. Senyuman manis terukir elok pada wajah Yasmeen saat melihat Yazir yang sedang melayani dua orang anak lelaki tersebut.

"Yas nak?" Nadia mendongakkan sedikit kepala memandang Yasmeen yang berdiri di sebelahnya, pinggan yang berisi dengan potongan kek coklat di letakkan di sebelahnya.

Yasmeen dengan penuh berhati-hati melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Nadia. Sepotong kek coklat di ambil sebelum di makan dengan senang hati.

"Yasmeen dah beli barang-barang baby?" Yasmeen mengangguk bagi menjawab soalan Nadia. Wanita yang bergelar kakak iparnya itu hanya tersenyum manis.

"Yas beli warna apa? Yas dah check jantina baby?" Soal Nadia lagi, sengaja mahu berborak panjang dengan adik iparnya.

"Tak pergi pun check sebab nak surprise. I beli warna putih, sebab I sebenarnya nak anak perempuan tapi Jibrail kata dia nak anak lelaki. So langkah selamat, I dengan dia decided untuk beli warna putih." Balas Yasmeen panjang lebar.

"Nama pun I dah fikirkan tau." Tambah Yasmeen teruja, Nadia memandang wajah wanita itu menunggu Yasmeen menghabiskan bicara.

"Kalau girl, I nak bagi Jasmine Alara. Best kan?" Ujar Yasmeen penuh excited, Nadia tersenyum lebar.

"Kalau lelaki pula?" Soal Nadia, Yasmeen tersengih lebar.

"Kalau baby boy pula, I nak letak—"

BANG

BANG

"Allahuakbar!" Nadia spontan menjerit apabila bunyi tembakan memenuhi ruang rumah, Yazir yang sedang bermain air bersama Qhilaf dan Qhayra terus keluar dari kolam.

Yasmeen mengerutkan dahi menahan rasa senak bawah perutnya kerana terkejut.

"Mama!" Qhilaf dan Qhayra segera berlari mendekati Nadia, tubuh Mamanya di peluk kemas. Nadia membantu Yasmeen untuk bangkit dari duduk.

BANG

Yazir baru sahaja hendak masuk ke dalam rumah untuk mengambil senjata api miliknya namun terhenti saat peluru menembusi bahu kirinya.

"Abang!" Jerit Nadia tatkala ramai lelaki berpakaian hitam berpusu-pusu mengepung mereka. Yasmeen memegang erat lengan Nadia.

Wajah lelaki-lelaki yang berada di sekitarnya itu di lihat satu persatu.

"Ikut kami!" Terlepas pautan tangan Yasmeen pada lengan Nadia apabila dirinya di tarik kasar dari hadapan oleh seorang lelaki yang bertubuh besar.

"Lepaslah!" Jerit Yasmeen sambil meronta minta dilepaskan namun tubuhnya kaku apabila muncung pistol di tekan pada dahinya.

Yazir yang mahu menerpa ke arah lelaki tersebut terbantut tatkala beberapa orang lelaki menghalakan pistol ke arah anak-anak dan isterinya.

"Apa yang korang nak sebenarnya ni?" Soal Yazir sambil menahan rasa perit di bahunya.

Yasmeen mengemam bibir, otak ligat memikirkan Jibrail. Dia perlukan suaminya pada waktu ini.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now