Ending

71.7K 4K 1.6K
                                    

The End.

SENYUMAN manis terukir cantik pada wajah jelita Yasmeen saat melihat anak lelakinya yang sudah berusia lima tahun sedang bermain bola di kawasan belakang rumah.

Anak lelaki itu persis wajah Jibrail, mempunyai mata garang berwajah tampan. Berperangai seperti Papanya, tenang dan tegas.

"Jibran, dah lah tu main ball. Petang dah ni, tadi kata nak baca Al-quran dulu sambil tunggu solat maghrib. Jom Mama mandikan Jibran dulu." Anak lelaki yang sedang bermain bola itu segera berpaling memandang ke arah Yasmeen bersama senyuman manis sehingga menampakkan kedua belah lesung pipit yang terbentuk dalam.

Yasmeen tersenyum lembut saat melihat anaknya bersama Jibrail itu berlari mendekatinya. Mohd Adam Jibran bin Mohd Zeyad Jibrail, nama yang sangat indah sama seperti orangnya.

"Sorry Mama. Jibran ingatkan masih awal." Ujar Jibran sambil meletakkan kepala di atas riba Yasmeen. Wanita itu mengusap lembut kepala anak lelakinya.

"Dah nak dekat pukul 7. Jom kita masuk, mandi dulu." Yasmeen berkata lembut, Jibran mengangkat kepala sebelum mengangguk bersama senyuman manis yang masih terbentuk cantik pada wajah.

"I love you Mama." Ujar Jibran sebelum memberikan kucupan ringkas pada belakang tangan Yasmeen.

Wanita itu masih tersenyum sambil melihat Jibran yang memegang tangannya mengajak masuk ke dalam rumah.

"I love you too sayang." Balas Yasmeen sambil berjalan masuk ke dalam rumah bersama Jibran. Pintu belakang ditutup rapat sebelum anak lelakinya itu berlari menaiki anak tangga dengan penuh berhati-hati.

"Careful sayang!" Pesan Yasmeen sambil menggelengkan kepala melihat Jibran yang sudahpun sampai di tingkat atas. Anak lelakinya itu tidak buas, cuma lasak seperti Jibrail sahaja.

"Okey Mama!" Hanya jeritan Jibran sahaja yang didengari Yasmeen, kaki melangkah menapak menaiki anak tangga satu persatu.

Masuk saja ke dalam bilik Jibran, berkerut dahi Yasmeen apabila tidak melihat kelibat anak lelakinya di dalam bilik itu.

"Jibran?" Panggil Yasmeen sambil melihat ke dalam bilik mandi, tiada orang.

"Adam Jibran—"

"I'm here Mama." Yasmeen memalingkan kepala memandang Jibran yang baru sahaja masuk ke dalam bilik bersama kain telekung dan sejadah milik wanita itu.

"Kenapa ambil telekung dengan sejadah Mama?" Soal Yasmeen sambil melihat Jibran yang sedang menghamparkan sejadah miliknya di atas lantai bersebelahan dengan sejadah kecil anak lelaki itu.

"Mama kena solat dalam bilik Jibran harini. Sebab semalam Jibran nampak Mama menangis masa solat dekat bilik Mama." Ujar Jibran sambil meletakkan kain telekung di atas katil. Senyuman manis diberikan kepada Yasmeen.

Terkaku wanita tersebut saat mendengar kenyataan yang meluncur laju keluar dari celahan bibir anaknya. Jibran mengambil tuala sebelum berlalu masuk ke dalam bilik mandi.

"Nak Mama jiruskan?" Soal Yasmeen perlahan cuba menahan rasa sebak yang tiba-tiba sahaja menghurung dada. Jibran menggelengkan kepala, kaki melangkah mendekati Mamanya.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now