-Bab 15

46K 3.5K 292
                                    

15. Cara Jibrail.

DARI restoran sehinggalah sampai ke rumah, Yasmeen hanya senyap tidak seperti selalu. Gadis itu tampak sopan sahaja pada malam ini.

"Em... Jibrail, thank you belanja I." Ujar Yasmeen apabila lelaki itu membantunya buka pintu kereta dari luar. Jibrail membisu tidak membalas ucapan terima kasih tersebut.

Kalau ikutkan dirinya, dia tidak mahu membawa Yasmeen ke luar untuk makan pun namun disebabkan oleh arahan Yazir. Dia terpaksa ikutkan sahaja.

"Esok ambil I tau? I nak pergi butik." Kali ini Jibrail mengangguk bagi mengiyakan apa yang Yasmeen mahu. Pintu kereta ditutup rapat sebelum Jibrail berpaling melihat ke arah gadis di sebelahnya.

Yasmeen seperti tidak mahu masuk ke dalam rumah dah masih berdiri di hadapan Jibrail. Gadis itu merenung ke arah bahu tegap Jibrail yang pernah ditembak oleh orang yang mahu membunuhnya beberapa hari lepas.

"Bahu you dah okey ke?" Soal Yasmeen sambil memandang wajah tampan Jibrail. Lelaki itu diam dan merenung wajah Yasmeen buat beberapa detik sebelum bertindak membuka tiga butang bajunya yang teratas.

Terkedip-kedip mata Yasmeen melihat tindakan Jibrail namun gadis itu hanya senyap menunggu. Jibrail menunjukkan bahu kanannya yang sudah tidak dibalut dan hanya ditampal dengan penampal luka.

Yasmeen hanya diam melihat bahu lelaki itu, Jibrail kembali membetulkan baju.

"Emm... I masuk dulu. Dah lewat ni. Esok jangan lupa tau?" Ujar Yasmeen sebelum tubuhnya berpaling hendak masuk ke pagar rumah namun langkah gadis itu terhenti apabila Jibrail memanggilnya.

"Cik Alana." Jibrail menyandarkan belakang tubuh pada kereta, kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Apa?" Soal Yasmeen tatkala tubuhnya sudah berpaling penuh menghadap Jibrail. Lelaki itu diam buat seketika namun mata lelaki itu masih tunak melihat wajah manis Yasmeen.

"Lain kali pakai baju tertutup. Jangan pakai baju macam tu." Terkebil-kebil Yasmeen saat Jibrail menuturkan kenyataan itu. Gadis tersebut masih kaku tidak bergerak, cuba mencerna akan apa yang dikatakan oleh Jibrail.

Lelaki itu sedang mengarah atau menasihatinya?

"Masuk." Jibrail menyuruh apabila Yasmeen masih berdiri di hadapannya, gadis itu seakan mematung.

"Oh. Ah okey. I masuk dulu." Yasmeen memusingkan tubuhnya sebelum berjalan laju masuk ke dalam kawasan rumah Yazir. Jibrail memerhati gadis itu sehingga sudah selamat masuk ke dalam rumah.

Saat Yasmeen sudah masuk ke dalam rumah, Jibrail melihat kawasan luar rumah tersebut bagi memastikan kawasan rumah itu tidak diperhati oleh orang yang berniat mahu membunuh Yasmeen.

10 minit berdiri di luar itu sebelum Jibrail membuat keputusan untuk pulang ke rumahnya. Rambut diraupkan kebelakang, tubuh sudah masuk ke dalam perut kenderaannya.

Di sebalik tingkap, Yasmeen memerhati kereta honda city hitam Jibrail yang sudahpun berlalu meninggalkan kawasan rumah Yazir. Bibir bawah digigit lembut sambil otaknya ligat memikirkan hal di restoran tadi.

Walaupun Jibrail seorang lelaki yang tampak tidak berperasaan namun lelaki itu sangat mengambil berat akan dirinya.

AWAL pagi lagi Yasmeen sudah bersiap sebelum turun ke dapur. Kelihatan kakak iparnya sedang sibuk memasak makanan untuk mereka sarapan pagi ini.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now