-Bab 37

50.9K 3.6K 239
                                    

37. Tingkah Jibrail.

YASMEEN mendekati Jibrail yang sedang berada di dalam bilik, awal lelaki itu naik ke tingkat atas hari ini. Kelihatan Jibrail sedang memejam kelopak mata sambil bersandar di kepala katil.

Mungkin lelaki itu sedang tidur namun dalam keadaan duduk sambil bersandar. Yasmeen dengan perlahan naik ke atas katil sebelum duduk bersila di sebelah Jibrail.

Wajah Jibrail dipandang lama, lelaki itu berkelakukan aneh dari selepas sarapan pagi tadi. Seakan tidak di dalam mood yang baik.

"Kenapa?" Terkejut Yasmeen apabila tiba-tiba sahaja suara garau Jibrail menghentam gegendang telinganya.

Lelaki itu masih tidak mencelikkan kelopak mata, hanya bersuara tanpa memandang Yasmeen.

"Kenapa apa?" Yasmeen menyoal kembali, tidak faham akan apa yang disoal Jibrail. Lelaki itu mencelikkan kelopak mata hanya separuh dan memandang ke arah Yasmeen.

Renungan mata lelaki itu redup menyapa wajah Yasmeen menyebabkan gadis tersebut mengerdipkan kelopak mata berkali-kali.

"Kenapa tengok saya macam tu?" Perlahan sahaja nada suara Jibrail, Yasmeen spontan menggaru pipinya yang tidak gatal.

"Saja. Kenapa you naik awal sangat? Tak sihat ke?" Laju tangan Yasmeen naik merasai kepala Jibrail, lelaki itu hanya tersenyum nipis.

Tangan Yasmeen diambil daripada terus menyentuh dahinya, Jibrail menggenggam tangan isterinya itu.

"Tak ada apa. Saya nak tidur awal harini." Ujar Jibrail sambil masih menggenggam tangan Yasmeen. Gadis itu mengecilkan mata melihat wajah suaminya.

"Okey. Jap I nak tanya you something lah." Yasmeen menarik tangannya dari terus digenggam Jibrail. Lelaki itu hanya membiarkannya.

"Tanya apa?" Soal Jibrail sambil berbaring, wajah Yasmeen masih direnungnya. Gadis itu senyap buat seketika sebelum turut berbaring disebelah suaminya.

Jibrail hanya tersenyum nipis dan terus mengiring menghadap Yasmeen yang berbaring menelentang.

"Kenapa you tiba-tiba jadi baik dengan I eh? Dulu sebelum kita kahwin, you kerek gila. I tanya pun buat bodoh je." Soal Yasmeen sambil memalingkan wajah memandang Jibrail yang sedang merenungnya. Lelaki itu tertawa halus, rambut diraupkan ke belakang.

"Saja." Jawapan ringkas dari Jibrail menyebabkan Yasmeen mendengus kasar. Itu bukan jawapan yang bagus untuk soalannya yang panjang.

"Jawablah elok-elok." Yasmeen mengiring menghadap Jibrail sebelum dada bidang lelaki itu ditampar lembut. Jibrail tergelak kecil, tangan Yasmeen dipegangnya.

Jari manis Yasmeen yang tersarung cincin kahwin mereka ditilik lama bersama senyuman yang makin melebar. Yasmeen hanya melihat Jibrail mengelus lembut jari runcingnya.

"Saya memang tak suka melayan orang perempuan yang tak ada kena mengena dengan saya. Saya tak selesa." Jawapan Jibrail mampu menyebabkan Yasmeen terdiam lama.

"Dulu awak majikan saya je. Sekarang awak isteri saya, jadi layanan saya pada awak lain disebabkan awak peneman hidup saya sampai akhir hayat saya." Jibrail masih tidak memandang wajah Yasmeen dan masih ralit bermain dengan jari jemari halus milik gadis itu.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now