-Bab 22

43.6K 3.3K 109
                                    

22. Comeback.

YASMEEN mencelikkan kelopak matanya dengan lambat-lambat, bunyi suara lelaki sedang bercakap kedengaran sangat dekat dengan telinganya.

"Yasmeen okey je Papa. Papa jangan risau." Yasmeen terus memalingkan kepala melihat sebelahnya, kelihatan Yazir yang sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbit.

Kini Yasmeen ditempatkan di hospital buat beberapa hari untuk memeriksa tahap kesihatan gadis itu, Yasmeen memejamkan kelopak mata buat beberapa saat sebelum kembali dicelikkan dengan luas.

Pantas gadis itu bangkit dari pembaringan menyebabkan Yazir yang baru sahaja meletakkan telefon di poket seluar terus memalingkan kepala memandang Yasmeen.

"Yasmeen kenapa bangun? Nak pergi tandas ke?" Soal Yazir sambil memegang lengan Yasmeen tatkala gadis itu hendak turun dari katil hospital.

"Mana Jibrail?" Tersenyum Yazir apabila disoal dengan soalan itu dari Yasmeen. Lengan gadis tersebut dilepaskan sebelum Yazir mengusap lembut kepala adik bongsunya.

"Jibrail ada di Ibu Pejabat. Kenapa Yasmeen cari Jibrail?" Soalan Yazir tidak dibalas, Yasmeen hanya membisu sebelum menyandarkan belakang badan pada kepala katil.

"Dia tu tak sihat lah abang. Haritu dia kena tembak lagi." Ujar Yasmeen dengan suara yang perlahan, wajah Yazir dipandang seperti ingin meluahkan isi hatinya.

Yazir melebarkan senyuman, kepala adiknya diusap lembut. Dia tahu yang Yasmeen menyimpan hati dengan Jibrail.

Andai gadis itu tahu yang dia pernah meminta untuk Jibrail menikahi Yasmeen namun ditolak oleh Jibrail tanpa alasan kukuh, pasti gadis itu kecewa.

"Tahu. Luka dia tak teruk mana pun. Lagipun dia yang tak nak duduk dekat sini. Ada kerja di Ibu Pejabat. Nanti dia datang kesini tengok Yasmeen." Balas Yazir menyebabkan Yasmeen menghela nafas perlahan.

"Dia tu superman ke?" Tawa kecil terkeluar juga dari celahan bibir Yazir tatkala Yasmeen tiba-tiba menyoalnya sedemikian.

"Superman apanya pula?" Yasmeen mengerling sekilas wajah Yazir, lelaki itu masih tersenyum melihat wajah cemberut adiknya.

"Jibrail tu dah lali dengan peluru. Dah biasa kena macam tu. Bagi kita mungkin teruk, tapi bagi dia perkara biasa je." Balas Yazir yang faham akan apa yang ingin Yasmeen tahu mengenai Jibrail.

"Papa call tadi tanya pasal Yasmeen, Papa suruh balik Korea semula—"

"I tak nak." Belum sempat Yazir menghabiskan ayat, Yasmeen terlebih dahulu membidas. Yazir tersenyum nipis.

"Dekat sana Yasmeen lebih selamat—"

"Dekat sini pun I selamat. Jibrail ada boleh jaga I. You pun ada." Sekali lagi Yasmeen mencelah, nama Jibrail sengaja ditekannya.

"Jibrail tak boleh setiap masa dengan Yasmeen." Kini Yasmeen membisu tidak mampu hendak membalas dan melawan apa yang dikatakan oleh Yazir. "Yasmeen faham kan maksud abang?" Soal Yazir.

Helaan nafas perlahan dari Yasmeen menyebabkan lelaki itu tersenyum kecil. Yasmeen hanya diam tidak bersuara, mata memandang ke arah luar tingkap.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now