-Bab 45

46.6K 3.2K 88
                                    

45. His punch.

KAKI melangkah agak laju menuju ke arah lift. Sampai sahaja di tingkat ward Yasmeen, terus Jibrail mengukirkan senyuman nipis pada Yazir saat melihat lelaki tersebut keluar dari bilik hospital.

"Jibrail, aku nak pergi solat zohor pula." Ujar Yazir sambil menepuk bahu tegap Jibrail sebelum berjalan meninggalkan adik iparnya itu.

Senyuman pada wajah Jibrail hilang saat melangkah masuk ke dalam ward isterinya, anak mata yang penuh dengan cahaya tadi kini berubah menjadi tajam gelap.

"Sayang, you bawa apa tu?" Soal Yasmeen apabila melihat Jibrail masuk ke dalam ward nya, Jibrail tidak membalas namun anak matanya masih tajam merenung ke arah Yarid yang berada di sebelah Yasmeen.

Lelaki itu tersenyum manis namun matanya memancarkan sinar mengejek kepada Jibrail. Yasmeen mengerutkan dahi saat melihat Jibrail yang seakan hendak menerkam abangnya itu.

"Sayang?" Jibrail melihat wajah Yasmeen sebelum mendekati isteriny itu, dahi Yasmeen dikucup sayang sebelum plastik makanan diletakkan di atas meja.

"You dah siap solat zohor?" Soal Yasmeen sambil mengusap lembut tangan Jibrail, lelaki itu hanya mengangguk bagi menjawab soalan isterinya.

"Bagus suami adik, pandai agama." Puji Yarid namun pada Jibrail itu hanya satu omong kosong. Hujung bibir diangkat sedikit bagi membentuk senyuman sinis, tahu akan permainan kotor Yarid.

Yasmeen tertawa suka, suka apabila orang memuji suaminya.

"Sayang tolong I sekejap. I nak pergi toilet." Tiba-tiba saja Yasmeen berkata sedemikian sambil memandang wajah tampan Jibrail.

Lelaki itu tidak banyak kata, terus bangkit dan membantu Yasmeen turun dari katil dengan penuh berhati-hati.

Yarid hanya tersenyum sinis melihat Jibrail dan Yasmeen, tidak sabar hendak melihat pasangan itu hancur.

Yasmeen masuk ke dalam bilik air tanpa Jibrail, lelaki itu menutup pintu sebelum berpaling memandang ke arah Yarid yang tampak santai.

Lelaki tersebut bangkit sebelum berjalan menuju ke arah sofa, Yarid menjungkitkan kening berkali-kali sebelum memberikan senyuman sinis kepada Jibrail.

"Kenapa pandang aku macam tu? Tak puas hati?" Keras rahang Jibrail apabila mendengar soalan tak berakal dari Yarid. Tangan dikepal kemas.

"Kau punca semua ni kan?" Soalan Yarid dibalas dengan soalan kembali, Yarid tertawa halus sambil menepuk tangan berkali-kali.

"Kau memang suka fitnah abang ipar kau sendiri ke?" Santai Yarid menyoal walaupun pada waktu itu bila-bila masa sahaja Jibrail mampu menerkam ke arahnya.

"Kalau ya pun aku dalang semua ni, aku tabik hormatlah dekat kau ni inspektor. Sebab apa? Kau cekap sangat. Kalau tidak mesti adik kesayangan aku dah mati dengan muka hancur—"

"Kurang ajar!"

BUK

Buat pertama kalinya Jibrail melayangkan penumbuk sulungnya pada wajah Yarid. Urat leher timbul menandakan lelaki itu benar-benar marah dan diluar kawalan.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now