-Bab 18

43K 3.4K 272
                                    

18. Survive.

BADAN Yasmeen terus bangkit dari pembaringan sebelum memuntahkan banyak air dari mulutnya. Terbatuk-batuk gadis itu, kelopak mata dicelikkan dengan pantas.

Jibrail meraup rambutnya yang masih lembab sambil melihat Yasmeen yang baru sahaja sedar. Gadis itu memalingkan kepala sebelum melihat wajah tampan Jibrail yang berada di sebelahnya.

"Kita dekat mana ni you?" Soal Yasmeen sambil meraup wajahnya yang masih ada sedikit butiran air. Rambut yang basah dan kotor melekat dengan pasir turut diusap berkali-kali.

Jibrail memandang ke arah suatu tempat menyebabkan Yasmeen turut memandang mengikut lelaki tersebut. Satu papan tanda yang diperbuat dari kayu dan mempunyai tulisan berangkai bahasa asing menghiasi sistem penglihatan Yasmeen.

"Thailand." Ujar Jibrail sebelum kembali memandang Yasmeen. Gadis itu masih melihat papan tanda tersebut bersama kerutan di dahi licinnya.

"So... Kita di bawa ke Thailand?" Soal Yasmeen sambil memalingkan kepala menghadap wajah Jibrail kembali. Lelaki itu hanya mengangguk perlahan bagi mengiyakannya.

Yasmeen membisu namun anak matanya menilik bahu kanan Jibrail. Berkerut dahi gadis itu tatkala melihat banyak cecair merah yang tidak henti-henti keluar dan membasahi baju bewarna coklat Jibrail.

"You bahu you keluar darah banyak!" Cemas Yasmeen menyentuh atas bahu Jibrail. Lelaki itu kelihatan tenang sahaja sebelum menanggalkan bajunya.

Yasmeen masih melihat ke arah Jibrail walaupun lelaki itu kini sudah tidak berbaju dan hanya berseluar. Mata Yasmeen merenung sayu bahu Jibrail yang sudah bogel dan kelihatan dua lubang kecil yang mengeluarkan darah.

Jibrail mengabaikan tatapan mata Yasmeen, bajunya dikoyakkan menjadi panjang sebelum lelaki itu bertindak melilit cebisan baju tersebut di bahu tegapnya bagi menghentikan pendarahan.

Yasmeen sempat mengerling sekilas perut berotot milik Jibrail sebelum memalingkan kepala ke arah lain.

Wajah yang sudah merah menyala akibat malu menyebabkan Yasmeen segera menekap wajah dengan kedua belah tapak tangannya.

Terasa panas membahang!

Yasmeen kembali menatap ke arah Jibrail namun matanya kini hanya keras melihat wajah tampan lelaki itu sahaja. "Muka you pucat, Jibrail."

Jibrail melihat wajah Yasmeen menyebabkan anak mata mereka bertembung namun gadis itu terlebih dahulu mengalihkan pandangan.

Jibrail hanya mengukirkan senyuman nakal, dia perasan akan wajah kemerahan Yasmeen pada saat itu.

"Macam mana kita nak balik?" Soal Yasmeen tanpa memandang Jibrail, sengaja mencari topik lain untuk menutup rasa gugupnya.

"Kena cari bantuan." Jawab Jibrail sebelum bangun dari tempat duduknya, Yasmeen masih duduk dan terpaksa mendongakkan kepala bagi menatap Jibrail.

"How? Tak de orang pun dekat sini." Yasmeen kini sudah bangkit dan berdiri di sebelah Jibrail. Lelaki itu memandang Yasmeen sekilas.

"Ada. Ini kampung pedalaman Thailand." Terkebil-kebil Yasmeen apabila mendengar kenyataan dari Jibrail.

"Macam mana you tahu?" Soal Yasmeen kerana masih ragu dengan lelaki itu. Jibrail memandang wajah Yasmeen buat beberapa saat sebelum menundingkan jari ke arah papan tanda kayu yang dilihat mereka tadi.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now