-Bab 33

47.7K 3.6K 600
                                    

33. His love language.

KAKI melangkah laju tanpa menunggu Jibrail yang berada di belakang sedang menolak troli. Lelaki itu hanya menggelengkan kepala melihat telatah Yasmeen, kakinya melangkah perlahan sahaja namun mata tidak lepas daripada memantau Yasmeen yang berada di hadapan.

Yasmeen mendekati rak yang menempatkan makanan ringan, kepala didongakkan serta bebola mata liar mencari jajan kegemaran Qhayra dan Qhilaf.

Jibrail menolak troli mendekati gadis itu, di lihat sahaja Yasmeen yang sedang mengambil beberapa plastik jajan sebelum diletakkan ke dalam troli. Gadis itu langsung tidak melihat wajahnya, bagaikan mengabaikan kehadirannya di situ.

Selepas sahaja siap mencari jajan dan coklat untuk Qhilaf dan Qhayra, Yasmeen terus berjalan menuju ke arah ruang barang basah di Pasar Raya.

Jibrail hanya mengikut dari belakang, senyuman terukir elok pada wajah lelaki tersebut saat melihat Yasmeen yang langsung tidak kekok dah tahu mencari sayur.

Apabila Yasmeen mendekati tempat membeli ayam, Jibrail terus mendekati gadis itu. Belum sempat Yasmeen hendak menyentuh ayam, lelaki itu lebih pantas menepis lembut tangan Yasmeen.

"Ambil plastik, saya ambilkan ayam." Yasmeen yang baru sahaja hendak marah dengan tindakan Jibrail terus terbantut saat lelaki itu mengatakan hal tersebut.

Yasmeen mengambil plastik untuk isi ayam sambil kaki melangkah mendekati Jibrail yang sedang memilih ayam yang elok untuk di ambil.

"Nak berapa?" Soal Jibrail tanpa memandang Yasmeen, gadis itu memegang plastik tatkala Jibrail meletakkan seekor ayam yang dipilihnya ke dalam plastik tersebut.

"Kak Nad suruh beli dua." Ujar Yasmeen dan disambut dengan anggukan kepala Jibrail. Lelaki itu dengan teliti mencari ayam yang elok dan segar.

Ralit Yasmeen melihat Jibrail yang sedang menekan isi ayam buat beberapa kali sebelum diambil lelaki itu.

"Dah." Ujar Jibrail sambil mencelupkan tangannya ke dalam air yang sememangnya tersedia untuk basuh tangan di sebelah tempat ayam itu.

"Nak ikan sekali ke?" Soal Jibrail sambil melihat ke arah tempat ikan sebelum kembali melihat wajah jelita Yasmeen. Gadis itu membisu dan masih memandang wajah tanpan Jibrail.

Jibrail mengukirkan senyum ringkas, plastik ayam yang dipegang Yasmeen di ambil oleh lelaki itu.

"Saya tanya awak, Cik Alana. Nak ikan sekali ke?" Lembut sahaja nada suara Jibrail pada saat itu, tidak seperti selalu. Yasmeen menggelengkan kepala bagi menjawab soalan tersebut.

"Okey. Saya nak timbang ayam sekejap. Ada apa-apa lagi nak beli dekat bahagian ni ke?" Yasmeen hanya menggeleng menyebabkan Jibrail spontan mengangguk faham.

Gadis itu menyimpulkan senyuman manis saat Jibrail berlalu pergi ke tempat menimbang ayam. Terasa perutnya sebu dek dipenuhi rama-rama yang berterbangan.

Tidak lama masa yang diambil, Jibrail kembali mendekati Yasmeen yang berada bersama troli. Plastik ayam di letakkan ke dalam troli sebelum Jibrail memegang tempat tolak troli tersebut.

"Nak beli apa lagi?" Soal Jibrail sambil memandang wajah Yasmeen, gadis itu segera mengalihkan wajahnya memandang ke arah lain. Malu apabila direnung oleh Jibrail.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now