-Bab 13

42.5K 3.4K 85
                                    

13. Don't touch her.

MULUT ditekup kuat dengan tangannya, nafas ditenangkan. Belakang badan ditekan kuat pada belakang sofa, rasa takut yang menghantui dirinya di ketepikan.

"Bunyi mainan je tu." Yasmeen mendengar salah seorang dari mereka bersuara. Mata terarah pada satu bilik tetamu yang sememangnya ada di ruang tamu itu.

Pintu sedikit terbuka kerana tadi Qhilaf masuk untuk mengambil mainannya yang tertinggal.

Dia kena masuk dalam bilik tu untuk bersembunyi!

"Takkan lah dia tiba-tiba berbunyi. Fikir logik lah!" Liur ditelan kelat melepasi kerongkong, Yasmeen mengintai sedikit untuk melihat lelaki-lelaki tersebut.

Lega apabila tidak melihat sebarang senjata api pada dua orang lelaki itu.

iPhone yang berada di atas meja turut di pandang Yasmeen. Bibir bawah digigit kesal apabila melihat jarak meja dengan dua orang lelaki itu tersangatlah dekat.

Mustahil dia mampu mengambil gajet itu tanpa pengetahuan mereka.

Yasmeen kembali menyandarkan belakang tubuhnya pada sofa, mata terarah pada pintu bilik. Entah di mana silap, tiba-tiba sahaja terasa pedih singkat di pergelangan tangannya seperti digigit semut menyebabkan Yasmeen menundukkan kepala.

Anak mata gadis cantik itu melihat seutas gelang yang pernah diberi oleh Jibrail pada pergelangan tangannya.

Membulat besar mata Yasmeen apabila teringat akan pesan lelaki itu kepadanya semasa memberi gelang ini.

"Gelang tu ada tracker. Salah satu benda bulat tu ada butang kecil untuk aktifkan mood kecemasan. Tekan butang bawah benda bulat yang dekat tengah tu untuk mood kecemasan. Boleh kena air."

Suara Jibrail bagaikan bergema di dalam ruang mindanya. Yasmeen menyentuh lembut buah gelang berbentuk bulat yang berada di tengah.

Kepala kembali diangkat dan mata melihat lurus ke arah bilik tetamu. Tubuh dibangkitkan sedikit seperti posisi hendak berlari, pantas Yasmeen menekan butang kecemasan pada buah gelang itu beberapa kali sebelum berlari laju menuju ke arah bilik.

"Hoi!" Kuat jerkahan seorang lelaki menghentam gegendang telinga Yasmeen. Tanpa menoleh kebelakang Yasmeen terus masuk ke dalam bilik dan menutup rapat pintu. Belakang tubuh disandarkan pada daun pintu.

Nafas yang tidak teratur menyebabkan gadis itu rasa mengah.

TOK

TOK

TOK

"Buka pintu ni!" Terhinjut bahu Yasmeen apabila suara dan ketukan kasar di pintu bingit memasuki sistem pendengarannya.

Bebola mata liar melihat dalam bilik tersebut, cuba mencari sesuatu untuk dijadikan sebagai senjata.

TOK

TOK

TOK

Bibir digigit kasar sebelum Yasmeen berlari laju menuju ke arah bilik air. Pintu dikunci dari dalam sebelum Yasmeen cuba mencari sesuatu di dalam bilik air itu.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now