-Bab 38

51.3K 3.3K 244
                                    

38. Addicted.

JIBRAIL memalingkan kepala memandang ke arah Yasmeen yang sedang enak diulit mimpi, selepas sahaja singgah solat maghrib di masjid terus Yasmeen lena di sebelahnya.

Tidak dikejut namun Jibrail mengusap lembut kepala isterinya sehingga Yasmeen bergerak sedikit akibat terganggu dengan usapan Jibrail di kepala.

"Wake up." Perlahan sahaja Jibrail mengejutkan Yasmeen, gadis itu mencelikkan kelopak mata dengan perlahan. Kepala dipalingkan menghadap suaminya sebelum mengeliat.

"Dah sampai ke?" Jibrail mengangguk bagi menjawab soalan Yasmeen. Gadis itu terus memalingkan kepala memandang homestay yang disewa Jibrail buat beberapa hari.

"Kenapa tak singgah rumah Umi?" Yasmeen memalingkan kepala memandang ke arah Jibrail kembali.

Lelaki itu membantunya menanggalkan seat belt sebelum mengangkat kepala bagi memandang wajah Yasmeen.

"Dah lewat. Tak nak ganggu Umi." Ringkas namun apa yang dikatakan oleh Jibrail itu mampu membuatkan Yasmeen terangguk faham.

"Rumah ni jauh dari rumah Umi ke?" Yasmeen menyoal namun tidak dijawan Jibrail, lelaki itu keluar dari kenderaannya sebelum membantu membuka pintu kereta buat Yasmeen.

"Tak jauh mana pun." Jawab Jibrail sambil mengusap rambut Yasmeen yang sudah berserabai akibat tertidur tadi. Gadis itu hanya membisu sebelum keluar dari kereta milik Jibrail.

"Meh I bukakan pintu, you ambil beg okey sayang." Yasmeen mengambil kunci rumah dari tangan Jibrail sebelum berjalan menuju ke pintu rumah.

Jibrail hanya tersenyum nipis melihat isterinya, beg pakaian yang berada di dalam bonet kereta di keluarkan sebelum berjalan menghampiri Yasmeen yang sedang berusaha membuka pintu rumah.

"Wah cantiknya." Ayat tersebut terlepas dari celahan bibir Yasmeen saat terbukanya pintu rumah tersebut.

Jibrail masuk dan meletakkan beg pakaian mereka di dalam rumah itu. Pintu ditutup rapat.

"Cantiknya. Pandai tuan rumah deco." Puji Yasmeen sambil berjalan mendekati sofa besar yang tersedia di ruang tamu.

Jibrail turut menuju ke arah sofa tersebut, dilabuhkan punggung bersebelahan dengan isterinya. Yasmeen lantas menyandarkan tepi kepala pada bahu tegap Jibrail.

"Nak tidur ke?" Lembut Jibrail menyoal sambil mengusap perlahan kepala Yasmeen di bahunya. Gadis itu menggeleng tanpa bersuara.

"Dah tu kenapa?" Soal Jibrail lagi bersama nada suara yang sama. Yasmeen memeluk lengan sasa lelaki itu, suka betul dengan bau perfume Jibrail.

Wangi.

"I baru percaya yang you ni soft spoken." Perlahan sahaja nada suara Yasmeen pada waktu itu. Benar, baru selepas kahwin dia percaya akan kata Nadia yang Jibrail ini seorang lelaki yang sangat soft spoken dan mudah memahami.

Jibrail hanya tertawa halus, kepalanya disandarkan pada kepala Yasmeen sebelum kelopak mata dipejam rapat.

"Jangan jatuh cinta dalam dalam sangat. Nanti kalau buatnya saya tak ada, awak sakit sendiri." Kenyataan yang hanya biasa bagi Jibrail namun kedengaran menyakitkan buat Yasmeen.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now