-Bab 43

44.2K 3.2K 157
                                    

43. Warning.

PENAT berjalan kehulur kehilir melihat rumah suaminya, Yasmeen melabuhkan punggung di atas sofa sebelum keluhan dilepaskan kasar.

Bosan kerana terpaksa berada di rumah keseorangan manakala Jibrail sudah mula bertugas dari cuti yang lama.

"Bosannya!" Bentak Yasmeen sambil memeluk kemas tubuhnya. Bibir dijuih sambil otaknya ligat memikirkan sesuatu.

Tiba-tiba saja gadis jelita itu mengukirkan senyuman manis saat otaknya terfikirkan sesuatu.

"Kalau aku pergi, agaknya dia mengamuk tak eh?" Soal Yasmeen pada dirinya sendiri, bibir bawah digigit lembut.

"Macam mana kalau dia mengamuk lepastu pukul? Ish! Tak baik buruk sangka dekat suami." Laju Yasmeen menggelengkan kepala apabila adegan dimana dia mungkin akan dipukul oleh Jibrail.

"Bagitahu dia. Tapi nantilah. Lepas dah sampai sana." Ujar Yasmeen dengan penuh yakin perkara yang mahu dilakukan itu nanti akan berhasil.

Laju saja gadis jelita itu bangkit sebelum menuju ke biliknya bersama Jibrail. Yasmeen mengenakan blouse kelabu bersama jeans hitam pekat.

Rambut dibiarkan terlepas, wajah hanya disolekkan dengan solekan tipis natural. Cantik berseri bagaikan masih anak dara walaupun sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki budiman.

"Mana iPhone?" Soal Yasmeen sendiri sambil liar bebola matanya mencari gajet telekomunikasinya berada. Apabila jumpa sahaja iPhone yang berada di atas sofa hadapan, terus Yasmeen membuka aplikasi whatApps sebelum mengirimkan mesej ringkas kepada suaminya tersebut.

Pantas Yasmeen silent kan iPhone sebelum diletakkan ke dalam beg tangannya, senyuman manis terukir cantik pada wajah sambil kaki melangkah berjalan keluar dari rumah.

Sempat dia mengambil kunci kereta range rover milik suaminya sebelum keluar, Yasmeen terus menyarungkan kasut sarung hitamnya dan berjalan penuh bahagia menuju ke arah kereta Jibrail.

"Lama tak drive." Ujar Yasmeen selepas menghidupkan ejin kereta, stereng diusap lembut bersama senyuman manis yang langsung tidak hilang dari wajah manisnya.

Pagar automatik terbuka sebelum kereta yang dipandu Yasmeen keluar dengan perlahan dari perkarangan rumah.

Yasmeen menguatkan volume radio sambil mulutnya terkumat-kamit bernyanyi mengikut lirik asal. Tidak mengambil masa yang lama akhirnya Yasmeen sampai di butik miliknya.

JIBRAIL yang berdiri di hadapan puluhan anggota UTK baru hanya menayangkan riak wajah garang tanpa senyum. Tajam anak matanya memerhati sorang demi sorang anggota yang berbaris lurus di hadapannya.

"Cepat!" Jerkah seorang lelaki yang berada di sebelah Jibrail kepada seorang anggota yang baru sahaja sampai di tapak latihan tersebut.

Jibrail hanya senyap tidak bersuara namun sepasang matanya mampu menggetarkan jantung sesiapa sahaja.

"Ketua!" Lelaki yang lambat itu berdiri tegak di hadapan Jibrail sebelum memberikan tabik hormat. Kepala ditundukkan ke bawah saat melihat tatapan tajam mata Jibrail.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now