-Bab 26

44.5K 3.2K 175
                                    

26. Pulang.

YASMEEN memalingkan kepala melihat ke arah pintu bilik tatkala bunyi ketukan pada daun pintu tersebut menerjah ke dalam sistem pendengarannya.

"Masuk." Lembut sahaja Yasmeen menyuruh orang yang mengetuk pintu bilik itu masuk, rambut yang belum siap di ikat dibiarkan sahaja terlepas.

Datuk Azlan menolak perlahan daun pintu sebelum melangkah masuk ke dalam bilik anak gadisnya, senyuman manis terukir elok apabila melihat Yasmeen yang sedang sibuk menyiapkan diri.

"Papa, kenapa you cari I?" Soal Yasmeen sebelum menggerakkan kerusi berpaling menghadap Papanya yang masih berdiri di hadapan pintu.

"Sebab I rindu nak berborak dengan anak I ni." Jawab Datuk Azlan sambil mendekati katil anak daranya, Yasmeen hanya tersenyum menerima balasan lelaki itu.

"Can I sit here, sweetie?" Anggukan kepala Yasmeen menyebabkan Datuk Azlan terus melabuhkan punggung di atas katil gadis itu.

"You nak borak apa dengan I?" Yasmeen memandang wajah Datuk Azlan, lelaki yang bergelar Papanya itu masih senyap dan merenung penuh teliti wajah anak gadisnya.

"I nak you balik Malaysia semula." Berkerut seribu dahi Yasmeen apabila mendengar kenyataan dari Datuk Azlan.

"You nak I balik Malaysia semula? Are you serious, Papa?" Datuk Azlan mengangguk, Yasmeen membisu buat beberapa saat sebelum menggerakkan kerusi mendekati lelaki itu.

"Kenapa tiba-tiba? You okey, Papa? Kenapa sekarang you suruh I duduk Malaysia sedangkan dulu you tak kasi I ke sana?" Pelik, itu apa yang dirasakan oleh Yasmeen. Datuk Azlan tergelak kecil.

"I okey je. I suruh you balik Malaysia sebab I rasa dekat sana you lebih selamat." Ujar Datuk Azlan, kepala Yasmeen diusap lembut.

"How about you? You akan ikut I balik?" Yasmeen merenung wajah Datuk Azlan, tangan gadis itu menggenggam tangan Papanya.

"No. I tak boleh tinggalkan Korea. You je balik. Duduk dengan Yazir." Jawapan tersebut menyebabkan Yasmeen menghela nafas perlahan. "Dekat Malaysia, you ada Jibrail yang boleh jaga you setiap masa." Tambah Datuk Azlan.

"Then you dekat sini siapa nak jaga?" Senyuman manis diberikan kepada Yasmeen, Datuk Azlan mengusap lembut belakang tangan anak daranya.

"I boleh jaga diri I sendiri." Datuk Azlan mengelus pipi Yasmeen sebelum dahi anak gadisnya itu dikucup buat beberapa saat. "Balik hari ni. I dah tempah tiket penerbangan untuk you."

Yasmeen menghela nafas perlahan, anggukan kepala gadis itu menyebabkan Datuk Azlan tersenyum manis.

JIBRAIL yang sedang membantu mengangkat khemah terganggu apabila telefonnya tiba-tiba sahaja berdering nyaring minta diangkat.

"Iman! Tolong Ayah ni sekejap. Pak Long kau busy ni." Adik lelaki Jibrail iaitu Zahin memanggil anak yang sedang sibuk membantu menyusun kerusi.

Jibrail meletakkan meja sebelum berjalan menjauhi adik-beradiknya yang sedang mengemas di luar rumah tersebut.

Jibrail dengan pantas menyambungkan talian apabila melihat nama Yazir tertera di skrin iPhone nya.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now