-Bab 21

44K 3.3K 92
                                    

21. Pulang kembali.

SUDAH seminggu Yasmeen dan Jibrail berada di kampung pedalaman Thailand itu bersama Kasem dan isterinya, puas namun seronok kerana suasana kampung itu sangat nyaman dan tidak sesak dengan bunyi kenderaan.

Hanya bunyi kicauan burung sahaja di pagi hari.

Yasmeen mendekati Jibrail yang sedang duduk di atas kerusi panjang di luar rumah. Lelaki itu sedang sibuk menyimpan sesuatu ke dalam kain batik yang akan di ikat menjadi beg.

"You buat apa tu?" Soal Yasmeen, sebelah Jibrail yang tampak kosong didekatinya namun belum sempat dia hendak duduk lelaki itu terlebih dahulu meletakkan beg kain. Yasmeen mendengus kasar.

"I nak duduk ni you. Alihlah." Bahu tegap Jibrail, Yasmeen tampar buat beberapa kali bagi menghilangkan rasa geramnya kepada lelaki itu.

Jibrail hanya membisu dan tidak mengalihkan beg tersebut. Sengaja mengabai Yasmeen.

"You jangan sampai I cubit tempat luka you. Karang ada yang terkoyak terus luka tu kalau dapat dekat I." Ugut Yasmeen namun Jibrail tidak mengendahkannya.

Gadis itu menjeling tajam wajah tampan Jibrail sebelum mengambil beg tersebut dan dicampakkan menjauhi mereka.

Terpejam mata Jibrail apabila melihat tindakan selamba Yasmeen, gadis itu melabuhkan punggung di sebelah Jibrail sebelum menyilangkan kedua belah kakinya.

"Cik Alana—"

"Shhh. I malas nak dengar bebelan you." Bidas Yasmeen terlebih dahulu menyebabkan Jibrail terus membisu.

Wajah gadis itu dikering sekilas, kalau ikutkan hati mahu sahaja dia tolak balik gadis itu. Geram.

Sabarlah Jibrail, Yasmeen itu perempuan. Tak boleh berkasar sangat.

Jibrail kembali menyambung kerjanya dan mengabaikan kehadiran Yasmeen di sebelahnya itu. Yasmeen melihat Jibrail mengikat kain batik membaluti sesuatu.

"Perlu ke bawa ni banyak-banyak? You bawa apa sebenarnya ni?" Soal Yasmeen sambil anak matanya melihat sisi wajah tampan lelaki itu.

Yasmeen masih menunggu jawapan daripada Jibrail namun lelaki tersebut seakan tidak dengar langsung akan soalannya.

"You ni memang jenis tak reti jawab soalan orang eh?" Sinis Yasmeen menyindir Jibrail, gadis itu memeluk kemas tubuhnya sambil memandang Jibrail. "Ish!" Bentak Yasmeen.

"Cik Alana nak ke yang sibuk sangat tanya tu?" Soal Jibrail tanpa memandang gadis itu, apabila ikatan kain tersebut sudah kemas, terus Jibrail meletakkan kain yang dipenuhi dengan sayur-sayur hijau itu di atas meja hadapannya.

"I tanya sebab I nak tahu." Bidas Yasmeen kembali. Jibrail membisu sementara sebelum mengambil semula beg tersebut sebelum ikatan kain batik tersebut dirungkaikan.

Yasmeen mengerutkan dahi melihat tindakan Jibrail namun tidak menyoal dan hanya menunggu.

"Nah." Terpinga-pinga Yasmeen apabila sayur-sayuran hijau yang dikeluarkan dari kain batik tersebut, Jibrail dengan selamba sahaja meletakkan sayuran itu di atas riba Yasmeen.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now