-Bab 4

53.4K 3.8K 130
                                    

4. Pertemuan buat kali kedua.

KAKI melangkah perlahan menuju ke ruang tamu. Gajet komunikasinya yang berada di atas meja terus di ambil, nombor telefon seseorang di cari.

"Perlu ke telefon dia eh?" Yasmeen menyoal diri sendiri. Nombor Jibrail yang diberikan oleh Yazir direnung buat beberapa saat.

Kini hanya dia sahaja yang berada di rumah kerana Nadia bekerja sebagai guru di sekolah rendah. Anak-anak buahnya pula semua ke sekolah.

"No need lah. I can protect myself." Ujar Yasmeen pada dirinya sendiri. Aplikasi grab di buka sebelum gadis itu menempah sebuah kereta untuk membawanya ke bandar.

"Okey." Laju sahaja kaki Yasmeen berjalan menuju ke tingkat atas apabila tempahannya sudah berjaya. Dia perlu bersiap-siap untuk ke bandar.

Almari baju dituju, meliar matanya mencari baju yang sesuai untuk dipakai. Senyuman manis terbit menawan pada wajah Yasmeen tatkala melihat satu pasang dress labuh bewarna biru lembut.

Tiada langsung corak sebagai hiasan, hanya kosong namun bentuk rekaan pakaian itu menyebabkan si pemakainya tampak sangat elegant.

Hanya dengan memakai dress labuh bewarna biru lembut, Yasmeen terus mendandankan rambutnya.

Rambut diikat satu seperti ekor kuda, perfume berjenama Dior disembur pada pergelangan tangan dan leher.

Wajah disolek dengan solekan nipis dan natural saja. Setelah puas menilik wajah dan tubuhnya yang sangat sempurna pada matanya, terus Yasmeen mencapai beg tangan kecil dan berlalu keluar dari bilik.

MATA melilau melihat orang ramai di dalam mall besar itu. Kaki melangkah mengikut sahaja kata hati tanpa ada hala tuju.

Tidak tahu hendak kemana pun sebenarnya, keluar hanya kerana untuk menghilangkan rasa bosan sahaja.

Sesekali Yasmeen melilaukan mata melihat sekelilingnya apabila terasa seperti diperhati oleh seseorang.

Ah mungkin perasaan dia sahaja.

Langkah kaki berhenti di hadapan kedai pakaian berjenama Gucci, senyuman manis tercarik cantik pada wajah Yasmeen. Bahagia betul.

Baru sahaja Yasmeen hendak melangkah masuk, tubuhnya dilanggar kuat oleh seseorang dari tepi sehingga dia jatuh terduduk di atas lantai. Beg tangan kecilnya bagaikan disentak oleh orang tersebut.

Sempat Yasmeen mengerling orang yang melanggarnya itu, berpakaian serba hitam dan ber hoodie. Tubuh sedikit besar menunjukkan orang yang merempuh tubuhnya itu adalah lelaki.

Malang saat jatuh itu, Yasmeen sempat menahan tangannya menyebabkan tangan gadis itu terseliuh.

Beg tangannya dipegang kuat. Lelaki tadi tidak mengambil beg tersebut dan sengaja saja melanggarnya.

"Aww!" Mengaduh kuat sambil mata terpejam rapat menahan beban sakit di tangannya.

"Awak okey tak?" Suara seorang perempuan yang kedengaran cemas, perempuan itu laju sahaja mendekati Yasmeen yang masih duduk di atas lantai.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now