-Bab 27

44.1K 3.4K 440
                                    

27. Care.

YASMEEN melihat ke arah Jibrail, sesekali gadis itu mengerling sekilas memandang sisi wajah leaki tersebut. Senyuman ditahan sebaik mungkin, rasa puas hati tatkala Jibrail menurut sahaja apa yang dia mahukan.

Kini mereka berada di dalam kereta Jibrail sedang bergerak menuju ke Pahang, rumah keluarga lelaki tersebut.

Puas Jibrail memujuk Yasmeen untuk tidak mengikutnya namun gadis itu keras kepala tidak mendengar kata.

"Kenapa tengok saya macam tu?" Jibrail yang perasan akan Yasmeen yang kadang-kadang mencuri melihat ke arahnya, lelaki itu fokus melihat ke hadapan.

"Tak ada apa. Saja je tengok you." Balas Yasmeen dengan selamba tanpa ada rasa malu seperti mula-mula dia mengenali lelaki itu. Kini Yasmeen memandang terus sisi wajah Jibrail tanpa berselindung.

Kedua belah kaki dibawa naik ke atas kerusi sebelum gadis itu bersila dengan mudah dan selesa di atas kerusi kereta Jibrail. "I nak tanya you something lah. You jawab tau, jangan senyap je. I nak dengar jawapan dari you."

Jibrail hanya membisu, kepala dipalingkan ke tepi buat beberapa saat untuk melihat wajah Yasmeen sebelum kembali merenung hadapan.

Kepala diangguk bagi memberi kebenaran Yasmeen menyoalnya.

Yasmeen tersenyum lebar. Sisi wajah Jibrail ditatap buat beberapa minit, cuba meneliti keindahan di hadapannya ini. "You pernah bercinta?" Soal Yasmeen.

Jibrail memalingkan kepala memandang ke arah Yasmeen, lelaki itu sepi tidak menjawab. Fokus memandang jalan raya dan cuba untuk tidak membalas langsung soalan Yasmeen.

"Cepatlah. Jawab." Desak Yasmeen, anak matanya masih menatap sisi wajah Jibrail. Bebola mata gadis itu ralit bergerak melihat rahang tajam milik Jibrail.

"Tak." Ringkas dan sangat padat jawapan yang Jibrail berikan. Jujur dan tidak berdalih.

Malas hendak memikirkan jawapan untuk menyelamatkan diri, hanya jujur saja yang lelaki itu mampu lakukan.

Yasmeen makin tersenyum lebar, kepala dianggukkan seketika. Maknanya lelaki itu tidak pernah jatuh hati pada sesiapa pun.

"I curious pasal you. Umur you sekarang berapa ya?" Topik diubah apabila hatinya puas mendengar jawapan Jibrail tadi. Tak ada lah dia sakit hati kerana cemburu!

"29." Membulat mata Yasmeen saat mendengar jawapan tersebut. Spontan bibir bawahnya digigit lembut.

Jibrail hanya membiarkan gadis itu senyap, sesekali Jibrail mengerling Yasmeen melalui hujung mata.

"I ingatkan you 25 macam tu." Ujar Yasmeen perlahan namun masih boleh didengari Jibrail dengan jelas. Lelaki itu tidak membalas.

"So... Umur you dengan umur I beza banyak juga lah. I baru 23 this year." Yasmeen membebel seorang diri, Jibrail langsung tidak memberi sebarang balasan kerana lelaki itu sudah awal-awal lagi mengetahui umur Yasmeen.

"Lelaki umur macam you sebenarnya dah boleh kahwin. You tak nak kahwin lagi ke?" Jibrail mengurut batang hidungnya perlahan, kini topik soalan sudah bertukar. Banyak betul akal gadis di sebelahnya ini.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now