-Bab 6

49.4K 3.7K 79
                                    

6. Ugutan si dia.

AWAL pagi lagi Jibrail sudah berada di hadapan rumah Yazir menunggu Yasmeen apabila dia menerima message dari gadis itu. Belakang tubuh disandarkan pada pintu kereta sambil kedua belah tangannya memeluk tubuh.

Mask hitam yang menutupi separuh wajah dikemaskan. Mata menatap jam tangan yang dipakainya apabila terasa diri sudah lama berdiri di hadapan rumah itu.

Nafas dihembus kasar apabila menyedari yang Yasmeen sudah lambat 10 minit. Hendak saja dia gegarkan pagar rumah itu, tidak suka menunggu dan Jibrail paling benci apabila orang tidak menepati masa.

Lidah menolak-nolak isi pipi di dalam mulut, cuba mengawal rasa geramnya. Disabarkan sahaja hatinya untuk menunggu gadis itu.

Hampir setengah jam menunggu akhirnya Yasmeen keluar dari rumah, gadis itu berjalan mendekati Jibrail yang sudahpun merenungnya tajam.

"Morning mamat kerek." Ujar Yasmeen sebelum berjalan mendekati pintu kereta namun belum sempat gadis itu hendak membuka pintu, Jibrail terlebih dahulu menekan butang lock pada kunci kereta menyebabkan Yasmeen tidak boleh membuka pintu tersebut.

"You ni dah kenapa? I nak masuk lah!" Bentak Yasmeen tidak puas hati. Anak matanya tajam merenung Jibrail yang hanya santai bersandar di pintu kereta hadapan.

"Lambat." Jibrail membalas renungan tajam Yasmeen tanpa teragak-agak. Gadis itu menggulingkan biji matanya sebelum memeluk tubuh.

"You tu my bodyguard so you kena tunggu je I lambat ke cepat ke, you kena tunggu dengan ikhlas. Bukannya sibuk nak complain!" Balas Yasmeen sebelum menjeling tajam Jibrail yang berada di hadapannya.

Jibrail melihat wajah Yasmeen, di balik mask hitam lelaki itu, lidah menolak-nolak isi pipi.

Dia cukup pantang dengan orang yang suka menjawab dengan alasan yang tidak logik dek akal manusia.

"Disiplinkan diri." Malas hendak berbalah di pagi hari, Jibrail terus menekan unlock sebelum berjalan masuk ke dalam perut kereta dibahagian pemandu.

Yasmeen mengukirkan senyuman sinis apabila melihat Jibrail yang sudahpun masuk ke dalam kereta tanpa membalas pedas.

Hanya dua patah perkataan sahaja yang dituturkan lelaki itu namun tidak di ambil peduli oleh dirinya.

"I dah cukup disiplin–"

PON

Terhinjut kedua belah bahu Yasmeen tatkala Jibrail bertindak menekan hon kereta, lelaki itu menurunkan cermin tingkap sedikit.

"Reti masuk kereta ke tidak?" Jibrail menyoal sinis menyebabkan Yasmeen mendengus geram. Laju sahaja dia masuk ke dalam kereta.

JIBRAIL mengikuti sahaja langkah Yasmeen, gadis di hadapannya itu menonong sahaja tanpa kisah akan dirinya di belakang.

Bebola mata Jibrail liar melihat sekeliling Yasmeen, dia sengaja mengikuti gadis itu dengan jarak yang agak jauh sedikit bagi memudahkannya untuk mengesan orang yang kelihatan curiga pada matanya.

Berkerut dahi Jibrail apabila melihat Yasmeen berjalan menuju ke arah empat orang perempuan yang berada tidak jauh dari mereka.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now