-Bab 23

42.7K 3.2K 97
                                    

23. Sweet revenge.

KINI Yasmeen sudahpun pulang dari hospital, berhenti sahaja kereta Jibrail di hadapan rumah Yazir. Gadis itu segera memalingkan wajah melihat Jibrail di seat pemandu.

"You memang serious suruh I balik Korea ke ni?" Soal Yasmeen ingin kepastian, Jibrail mengangguk tanpa memandang wajah gadis itu.

Tali pinggang keselamatan ditanggalkan sebelum lelaki itu hendak keluar dari kereta namun Yasmeen terlebih dahulu memaut lengan sasanya.

"I tak nak balik Korea. I nak duduk sini." Perlahan sahaja Yasmeen memberitahu keputusannya. Jibrail memandang anak mata gadis itu seperti sedang mencari sesuatu.

Lengannya yang dipegang Yasmeen dirungkaikan dengan mudah sebelum Jibrail bertindak keluar dari kereta. Yasmeen mengeluh tidak suka dengan cara Jibrail.

Jibrail membuka pintu belah Yasmeen namun gadis itu tidak keluar terus dari kereta. Masih merenung wajah tampan Jibrail.

"You dengar tak apa yang I cakap ni? I tak nak—"

"Then duduk sini jaga diri sendiri." Bidas Jibrail tanpa membenarkan Yasmeen menghabiskan dulu ayatnya. Gadis itu senyap dan merenung ke dalam anak mata Jibrail.

"You memang terpaksa jaga I selama ni?" Soal Yasmeen seakan berjauh hati dengan cara Jibrail.

"Ya." Balas Jibrail tanpa ada rasa mahu menjaga hati gadis itu. Jujur dan tidak menafikan. Yasmeen mengukirkan senyuman sinis sebelum mengangguk.

"Okey mamat kerek. I tak kan kacau you lagi dah!" Bentak Yasmeen dan gadis itu terus keluar dari kereta Jibrail sebelum melanggar kasar sisi tubuh lelaki tersebut.

Jibrail hanya tersenyum sinis, pintu kereta ditutupnya sebelum dia terus masuk ke dalam kereta kembali dan memandu pulang tanpa berkata apa-apa.

Yasmeen yang baru sahaja masuk ke dalam kawasan rumah Yazir menghentak kuat kedua belah kaki apabila melihat kereta Jibrail yang sudahpun jauh berlalu.

"Dasar tak ada hati perasaan!" Kutuk Yasmeen kuat seperti sedang bercakap dengan Jibrail. Dengusan kuat dilepaskan sebelum Yasmeen berlalu masuk ke dalam rumah.

UNIFORM grey wolf Unit Tindak Khas disarungkan pada tubuh sasanya, Jibrail mengambil senjata api jenis HK 33 snipper yang sememangnya khas buat dirinya.

Beberapa buah kenderaan khas untuk membawa pasukan elit itu ke rumah kayu usang yang pernah dijadikan tempat kurungan Jibrail dengan Yasmeen.

Kereta khas tersebut diletakkan jauh supaya kumpulan kongsi gelap itu tidak perasan akan kehadiran mereka di kawasan rumah usang tersebut.

"Pasukan A move move." Jibrail tidak memberi sebarang arahan, dibiarkan sahaja ketua plantun kedua Unit Tindak Khas tersebut memberi arahan kepada pasukan A.

"Ketua Jibrail, laporan dari pasukan hadapan mengatakan ada ramai orang yang berada di kawasan rumah tersebut." Seorang anggota UTK yang berada disebelah Jibrail memberitahu kepada lelaki itu.

Jibrail hanya membisu sebelum memakai alat kecil bewarna hitam pada telingannya.

Butang kecil yang berada pada alat itu ditekan, hanya dia sahaja yang tidak memakai sebarang kelengkapan di kepalanya.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now