-Bab 7

49.2K 3.7K 83
                                    

7. Arahan Jibrail.

KELOPAK mata dicelikkan dengan pantas apabila bunyi pintu ditolak dari luar oleh seseorang menghentam gegendang telinga.

Mata mula terasa panas tatkala melihat wajah seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam ruangan tersebut.

"Abang..." Yasmeen terus bangkit sebelum memeluk tubuh Yazir yang baru sahaja masuk ke dalam bilik soal siasat. Lelaki tersebut mengelus lembut belakang tubuh adiknya dan membalas pelukan gadis kecil itu.

"Yasmeen okey?" Soal Yazir dengan perlahan, Yasmeen hanya menggelengkan kepala bagi menjawab soalan abangnya itu.

Yazir juga terkesan dengan apa yang terjadi pada Yasmeen, jika adiknya terancam maka dirinya sekeluarga juga terancam.

Tetapi yang menjadi satu tanda persoalannya, mengapa hanya Yasmeen sahaja yang diganggu dan diburu?

Mengapa dirinya sebelum ini tidak pernah menerima apa-apa ugutan seperti Yasmeen terima?

Mereka tahu akan kewujudan Yasmeen?

Bagaimana mereka mengetahui tentang kehadiran Yasmeen di Malaysia dalam masa yang singkat jika mereka tahu akan kewujudan Yasmeen?

Apa motif orang yang melakukan hal ini?

"Abang... Yasmeen nampak tadi." Pelukan dileraikan sebelum Yasmeen mengusap wajahnya yang dipenuhi air mata. Yazir hanya tersenyum kecil dan mengangguk perlahan, faham akan apa yang mahu disampaikan oleh Yasmeen.

"Duduk. Abang nak tanya Yasmeen sikit." Ujar Yazir sebelum menepuk lembut bahu Yasmeen. Ada sesuatu yang perlu dia soal adiknya itu.

Yasmeen kembali duduk ditempat duduk mula-mulanya tadi, Yazir berpaling memandang ke arah cermin kaca besar yang memisahkan ruangan itu dengan ruangan luar.

Bagaikan membalas renungan seseorang.

Yazir duduk di hadapan Yasmeen, wajah gadis itu direnung buat beberapa saat. Tangan kecil Yasmeen digenggam lembut untuk menenangkan gadis tersebut.

"Boleh abang tanya Yasmeen sekarang?" Perlahan sahaja nada suara yang dilontarkan oleh Yazir. Ibu jari kasarnya mengelus lembut belakang tangan Yasmeen.

Gadis itu mengangguk perlahan membenarkan abangnya meneruskan.

"Macam mana Yasmeen boleh dapat kertas ni?" Yazir mengeluarkan sehelai kertas putih yang sudah renyuk sebelum diletakkan di atas meja hadapan mereka.

Gadis itu melihat kertas itu, sepi seakan cuba mengingati hal pagi tadi.

"Ada orang bagi I masa dalam toilet." Jawab Yasmeen tanpa ada selok belok, kini wajah Yazir pula dipandang gadis itu.

"Boleh bagitahu abang orang yang bagi Yasmeen kertas ni macam mana orangnya?" Soal Yazir lagi.

Anak matanya menatap mata Yasmeen tanpa melihat ke arah lain. Ingin mengetahui kejadian yang terjadi.

"Dia pakai mask and berambut perang. I don't know her face." Ujar Yasmeen tanpa teragak-agak.

Dia ingat akan figura perempuan yang berada dengannya di dalam tandas mall itu.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now