-Bab 8

49.5K 3.5K 223
                                    

8. Idea Yasmeen Alana.

PANJANG bibir dimuncungkan apabila kaki kerusi kayu panjang di taman belakang rumah Yazir patah. Dua batang kaki kerusi itu reput meninggalkan hanya dua batang kaki kerusi sahaja.

"Auntie Yas macam mana ni? Kalau kita duduk dekat atas buaian ramai-ramai nanti takut putus. Baru nak duduk ramai-ramai dekat atas kerusi tu." Yasmeen memandang anak saudara sulungnya yang sedang memeluk kaki kanannya.

"Nanti mesti mama marah." Ujar anak bongsu Yazir itu pula, Yasmeen mengukirkan senyuman manis kepada dua orang anak saudaranya itu, Qhilaf dengan Qhayra.

"Jap bagi auntie fikir dulu." Yasmeen merendahkan tubuhnya di hadapan Qhilaf dan Qhayra sambil pipi dikembungkan sedikit, memikirkan jalan untuk menyelesailan masalah mereka.

"Qhilaf ada idea!" Terangkat kening Yasmeen apabila Qhilaf tiba-tiba sahaja menjerit teruja, wajah budak lelaki itu dipandang.

"Apa dia?" Soal Yasmeen tidak sabar ingin mengetahui buah fikiran Qhilaf. Qhayra mengenggam tangan kanan Yasmeen.

"Autie baiki balik kerusi tu!"

"What?" Luas mulut Yasmeen terbuka bagaikan mampu masuk haiwan bersayap ke dalam rongga tersebut apabila mendengar idea yang diberikan oleh Qhilaf.

Qhayra yang kurang faham itu terus melompat bersama Qhilaf, bersorak suka. Yasmeen menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Autie mana reti nak repair kerusi kayu macam tu..." jujur Yasmeen perlahan. Dia tidak pernah memegang tukul dan paku.

Qhilaf dan Qhayra segera berhenti melompat sebelum menunjukkan riak wajah sedih.

"Okey okey. Jangan buat muka sedih. Sekejap autie fikir idea lain." Yasmeen kembali menegakkan tubuhnya, mata meliar melihat kerusi kayu yang patah itu sebelum tiba-tiba otaknya bagaikan dijentik oleh sesuatu.

Yasmeen tersenyum lebar apabila idea mula memenuhi ruang otaknya. Idea paling bernas dan paling berguna!

"Autie ada idea paling berguna!" Ujar Yasmeen sambil tersengih lebar menyebabkan Qhilaf dan Qhayra kembali melompat suka.

RAMBUT diraupkan ke belakang, peluh di dahi dibiarkan mengalir sehingga mengenai keningnya. Bunyi tukul memantakkan paku menerjah rongga pendengaran manusia yang berada di situ.

Seakan terpaku mata Yasmeen memandang wajah Jibrail buat pertama kali. Tampan dan sangat sesuai dengan peribadinya.

Hidung mancung dan bibir yang merah bak delima seakan lelaki itu tidak pernah merokok.

Bentuk wajah yang sangat sempurna. Baru hari ini Jibrail menayangkan wajah tanpa memakai mask hitam.

"Kayu." Ujar Jibrail meminta Yasmeen mengambil sebatang kayu yang berada tidak jauh dari gadis itu.

"Nah." Yasmeen menghulurkan sebatang kayu kepada Jibrail, lelaki itu hanya mengambil tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Bukannya di repair malahan Jibrail mencipta kerusi kayu yang baharu.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now