-Bab 20

46.9K 3.3K 72
                                    

20. Sembunyi.

SENYUMAN manis yang terukir cantik pada wajah jelita Yasmeen menyebabkan Jibrail memandang ke arah gadis itu dengan kerutan di dahi.

Yasmeen sudah siap mandi dan memakai pakaian tradisional Thailand, amarin bewarna biru muda milik Raylai.

"Cantik tak I?" Soal Yasmeen sambil berjalan mendekati Jibrail dengan gaya yang sangat sopan. Gadis itu masih dengan senyuman manisnya namun Jibrail hanya memaparkan riak wajah tidak berperasaannya.

"Ketat sangat." Komen Jibrail menyebabkan senyuman pada wajah Yasmeen terus pudar, gadis itu bercekak pinggang di hadapan Jibrail yang sedang duduk santai selepas menukar pembalut bahunya.

Memang baju itu ketat dan mengikut bentuk badan. Nasib badan Raylai dan Yasmeen sama kecil sehingga pakaian tersebut muat dan sesuai dengan sempurna pada badan kedua-dua perempuan tersebut.

"Apa yang ketatnya? Memang baju dia kena macam ni lah!" Balas Yasmeen tidak puas hati, Jibrail hanya membisu tidak melawan gadis itu. Matanya beralih melihat ke arah lain.

Yasmeen mendengus kasar, mahu sahaja dia mencekik lelaki di hadapannya ini. Tidak berperasaan langsung!

"Jibrail, Yasmeen. Kalian beli apa di pekan tadi? Gembira berbelanja di sana?" Yasmeen segera memalingkan kepala melihat Kasem yang baru sahaja masuk ke dalam rumah bersama sayur-sayuran hijau yang baru dikutip di kebunnya.

"Saya beli ni!" Penuh teruja Yasmeen menunjukkan gelang yang dipakainya kepada Kasem. Jibrail hanya melihat sahaja telatah Yasmeen yang terlalu teruja itu.

Kasem tersenyum mesra sebelum berlalu ke belakang, Yasmeen kembali memandang ke arah Jibrail. Lelaki itu tidak memandangnya dan seakan mengabai dirinya.

"You ni tak sporting lansung." Kutuk Yasmeen sebelum menolak sedikit tubuh Jibrail untuk ke tepi supaya dia juga dapat duduk di atas kerusi panjang itu namun Jibrail tidak bergerak sedikit pun.

"Ish you sanalah sikit!" Jibrail mengerling sekilas Yasmeen sebelum berganjak memberi ruang kepada gadis itu untuk duduk di sebelahnya.

"Thanks!" Yasmeen laju sahaja duduk sambil memeluk tubuh. Wajah sengaja dimasamkan tanda protes dengan sikap acuh tak acuh Jibrail.

TOK

TOK

TOK

Bunyi pintu yang diketuk kuat dari luar menyebabkan Yasmeen terus memandang Jibrail. Lelaki itu turut melihat ke arah pintu tersebut bersama kerutan di dahi.

"You siapa tu?" Soal Yasmeen kepada Jibrail yang sudahpun berdiri, lelaki itu tidak membalas soalan Yasmeen.

Kaki melangkah mendekati pintu, celah lubang yang sememangnya ada di sisi pintu itu digunakan untuk mengintai orang yang berada di luar rumah.

Ketat rahang Jibrail apabila melihat beberapa orang lelaki yang menculiknya dengan Yasmeen kemarin. Jibrail berjalan mendekati Yasmeen menyebabkan gadis itu terkebil-kebil.

"Siapa—" Laju Jibrail menekup mulut Yasmeen menggunakan telapak tangan besarnya. Gadis itu kaku apabila Jibrail bertindak seperti itu.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now