-Bab 34

48.8K 3.6K 403
                                    

34. Her laugh.

AWAL pagi lagi Yasmeen sudah bersiap apabila Datuk Azlan memberitahunya yang keluarga Jibrail mahu datang meminangnya. Dress labuh berwarna cream lengan panjang dikenakan, rambut panjang disanggul chic bun kemas.

"Wow bahagianya nampak." Tegur Yazir apabila Yasmeen menuruni anak tangga bersama senyuman manis terukir elok pada wajah.

Gadis itu hanya tertawa kecil, hatinya berbunga-bunga mengenangkan Jibrail.

"Good morning, abang." Sapa Yasmeen tanpa mengambil kisah akan apa yang dikatakan oleh Yazir padanya. Kaki melangkah menuju ke dapur meninggalkan Yazir bersendirian.

"Selamat pagi Yas." Nadia menyapa Yasmeen mesra apabila perasan akan kehadiran gadis itu di ruang dapur.

"Morning mommy gorgeous." Ceria Yasmeen mendekati Nadia yang sedang menyediakan minuman sejuk buat tetamu yang akan datang nanti.

"Need my help?" Nadia menggelengkan kepala apabila disoal Yasmeen, semua telah siap. Hanya minuman sahaja yang baru dia bancuh.

"Tetamu datang pukul berapa Kak Nad?" Kerusi ditarik sebelum Yasmeen duduk di kerusi tersebut sambil menongkat dagu.

"Dalam pukul 10 rasanya. Kenapa? Rindu Jibrail dah ke?" Usik Nadia walaupun dia menjawab soalan gadis tersebut. Yasmeen tersenyum, rasa gembira walaupun diusik oleh Nadia seperti itu.

Dua hari dia tidak bersua muka dengan Jibrail sudah buatkan dirinya rasa tidak keruan. Rindu namun perlu ditahan, tidak boleh menampakkan dirinya terlalu jatuh cinta walaupun sebenarnya itu lah hakikatnya.

"Boleh tak kalau tak payah bertunang? Kahwin je terus?" Soalan dari Yasmeen menyebabkan Nadia tertawa kecil, tangan yang sedikit basah dikesat pada sapu tangan kecil yang tergantung di sisi meja.

"Boleh. Tapi takut keluarga Jibrail nak ikut adat, jadi kena lah juga bertunang. Tak lama pun." Yasmeen mengangguk faham, bunyi suara orang ramai yang tiba-tiba sahaja kedengaran di hadapan.

"Tu. Dah sampai kot." Ujar Nadia menyebabkan Yasmeen memalingkan kepala memandang ke arah rumah depan.

"Papa ada dekat depan ke?" Tiba-tiba sahaja jantung Yasmeen berdetak laju, gugup walaupun pernah jumpa keluarga Jibrail.

"Ada. Jom." Ajak Nadia sebelum memegang lembut lengan adik iparnya. Yasmeen menghela nafas perlahan bagi meredakan rasa nervous yang tiba-tiba bertandang di dalam dirinya.

"Masuk masuk. Yasmeen ada dekat dalam. Silakan duduk." Yasmeen melihat Datuk Azlan mempelawa Puan Zariah dan beberapa orang keluarga jauh Jibrail yang turut hadir.

"Yasmeen, mari sini." Datuk Azlan memanggil Yasmeen yang baru sahaja mendekatinya, mesra gadis itu bersalaman sebelum memeluk tubuh Puan Zariah.

"Umi sihat?" Puan Zariah mengangguk sambil mengusap lembut lengan bakal menantunya itu. Yasmeen tersenyum manis, anak mata meliar mencari kelibat Jibrail.

"Jibrail tak ada. Dia ada hal." Puan Zariah yang seakan tahu akan apa yang dicari Yasmeen terus memberitahu. Yasmeen melebarkan senyuman, ditarik lengan Puan Zariah untuk duduk di atas sofa.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now