-Bab 3

59.6K 3.8K 129
                                    

3. His eyes.

YASMEEN merenung sahaja ke arah Jibrail yang sedang memandu, tanpa sedar lelaki berwajah tampan itu tahu akan renungannya kerana sempat mengerling di cermin hadapan.

Jelas kelihatan di dalam cermin itu Yasmeen sedang melihat ke arahnya.

"Cik Alana?" Yasmeen segera mengerdipkan kelopak mata apabila Jibrail memanggilnya. Lelaki itu memalingkan kepala memandang ke arahnya buat beberapa saat.

"Huh?" Spontan, itu sahaja yang mampu keluar dari celahan bibir gadis jelita tersebut. Anak mata Jibrail merenung Yasmeen dari cermin hadapan.

"Perlukan apa-apa?" Jibrail menyoal dengan penuh sopan, masih ingat akan pesanan Yazir kepadanya.

Gadis di belakang itu sangat lembut walaupun keras kepala dan sangat degil, perlu melayannya dengan sopan dan penuh teliti supaya gadis tersebut mendengar kata.

"T–tak." Yasmeen berdehem perlahan, sedikit tergagap namun masih dikawal dengan sebaik mungkin. Jibrail hanya membisu tidak memberi sebarang kata selepas itu.

Yasmeen memalingkan kepalanya laju ke arah tepi, perasan akan renungan Jibrail dari dalam cermin.

Keadaan kembali sunyi, Jibrail fokus memandu tanpa terganggu dengan kehadiran Yasmeen di tempat duduk belakang.

"Umm... Jibrail." Hanya bunyi sahutan 'Hmm' sahaja yang menghiasi ruang udara di dalam apabila dipanggil oleh Yasmeen. Jibrail tidak melihat ke arah gadis itu.

"Kenapa jadi bodyguard I?" Yasmeen menyoal dengan penuh yakin. Sisi wajah lelaki itu direnung seperti sedang menunggu jawapan.

"Ditugaskan oleh Tuan Yazir." Soalan dibalas dengan jawapan yang sangat ringkas. Yasmeen mengerutkan dahi licinnya apabila menerima jawapan seperti itu.

Tak menjawab soalannya!

"Ya I know but why? Memang you ni kerja as bodyguard ke?" Jibrail sempat mengerling sekilas Yasmeen apabila soalan itu dilontarkan kepadanya.

Sah Tuan Yazir tidak memberitahu gadis tersebut tentang dirinya terlebih dahulu.

"Maybe." Tidak puas hati dengan jawapan yang dia dapat, Yasmeen akhirnya menjeling tajam lelaki yang sedang memandu tersebut.

"You terdesak cari duit ke sampai sanggup jadi bodyguard?" Kini dahi Jibrail pula yang berkerut seribu apabila mendengar soalan yang seakan menyindirnya itu.

"Maybe." Malas hendak mengambil pusing, itu sahaja jawapan yang terluah dari celahan bibir lelaki dingin tersebut.

Yasmeen pula yang seakan panas hati kerana geram dengan betapa mudah sahaja jawapan yang lelaki itu berikan. Terlalu santai dan seperti acuh tidak acuh sahaja menjawab soalannya.

"Maybe bukan satu jawapan yang sesuai untuk diberikan semasa menjawab soalan." Tegas Yasmeen. Jibrail hanya membisu seraya tersenyum nipis.

Enggan membuat hatinya panas untuk sekian kalinya, Yasmeen terus mendiamkan diri tidak mahu melanjutkan sebarang perbualan lagi dengan Jibrail.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now