-Bab 50

54.2K 3.2K 527
                                    

50. 'Never forget me.'

YASMEEN menggigit bibir bawah sambil tangannya cuba untuk merungkaikan ikatan tali pada kedua belah pergelangan tangannya.

Bunyi daun pintu di tolak dari luar menyebabkan Yasmeen menghentikan kerjanya. Kepala berpaling memandang ke arah Yarid yang baru sahaja masuk ke dalam ruang itu bersama sebotol air mineral.

Anak mata Yasmeen tajam merenung penuh benci wajah lelaki kejam yang sudahpun berdiri di hadapannya.

"Aw! Renungan kau tajam sangat." Ejek Yarid sambil tersenyum sinis. Badan di rendahkan sedikit bagi menyamai paras wajahnya dengan wajah Yasmeen.

"Tapi tak setajam pisau yang aku sediakan khas untuk bunuh suami kau nanti."

TUH

Yarid memejamkan kelopak mata tatkala Yasmeen bertindak meludah di wajahnya. Wanita itu merenung tajam wajah lelaki tersebut.

"Makin biadab kau sekarang ni." Ujar Yarid sambil mengesat ludahan itu dari wajah. Mata bertentang tajam membalas renungan Yasmeen.

"Tapi tak apa. Nanti kau akan menangis juga. Jadi aku biarkan kau simpan air mata kau tu banyak-banyak dulu." Yasmeen memalingkan wajah memandang ke arah lain saat Yarid mahu menyentuh pipinya. Lelaki itu tersengih sinis.

Tubuh kembali di tegakkan sebelum botol air mineral di letakkan di atas meja tidak jauh dari Yasmeen. Yarid berpusing hendak keluar dari bilik kurungan itu.

"Kalau betul Papa aku tu jahat, kau pun sama macam dia. Kau lebih jahat, sebab kau sanggup bunuh orang yang pernah jaga kau dari kecil." Kenyataan dari Yasmeen menyebabkan Yarid menghentikan langkah.

"Kau dengan Papa tak ada beza. Sama jahat sama kejam." Tutur Yasmeen penuh berani, belakang tubuh Yarid di tatap tajam bagaikan mahu menikam lelaki tersebut sehingga mati.

Yarid menghamburkan tawa kecil, tubuh di pusingkan menghadap Yasmeen semula.

"Ya aku dengan dia sama je. Tersangat sama sampai boleh buatkan kau meratap sedih nanti." Selamba Yarid membalas sebelum keluar dari bilik itu. Yasmeen memejamkan kelopak mata dengan rapat, mulut menyebut beberapa kali nama suaminya.

"Jibrail..." Kelopak mata di buka separuh, nafas di hela lemah. Dia penat dengan semua ini, hati merintih berdoa supaya perkara ini akan cepat berakhir.

JIBRAIL berdiri di belakang Haikal yang sedang sibuk mengesan lokasi rumah lama Datuk Azlan. Jantung berdegup laju bagaikan tidak mahu bertenang saat memikirkan isterinya yang masih tidak di jumpai.

"Datuk Azlan tak pernah masukkan maklumat mengenai rumah lama dia di dalam sistem." Ujar Haikal apabila tidak menjumpai alamat rumah Datuk Azlan. Jibrail mengetap gigi, tahap kesabarannya sudah semakin menipis.

"Cuba track number yang mesej Jibrail tadi." Arah Azira yang berada di sebelah Haikal. Akur dengan arahan sahabatnya terus Haikal cuba track nombor misteri itu.

"Nombor tidak tersenarai dalam telekom Malaysia." Ujar Haikal saat perncariannya error, Azira menghela nafas perlahan sebelum berpaling memandang Jibrail.

Lelaki itu sedang memejamkan kelopak mata, rapat bersama dahi yang berkerut seribu. Risau akan keadaan Yasmeen yang sedang mengandungkan anaknya.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now