-Bab 42

46.6K 3.1K 175
                                    

42. Shh I love you.

AWAL pagi lagi Jibrail sudah sibuk di perkarangan rumahnya, Yasmeen menyarungkan selipar jepun yang sememangnya tersedia di hadapan rumah itu sebelum berjalan mendekati buaian kayu yang berada tidak jauh di sebelah kereta Jibrail.

Dua cawan jus mangga segar diletakkan di atas meja batu, kelihatan Jibrail sedang sibuk membasuh kereta dan motor besar milik lelaki itu.

"Cantik motor you." Puji Yasmeen sambil melihat ke arah motor besar Jibrail, Yamaha R15 bewarna hitam premium. Jibrail hanya diam tidak membalas.

Yasmeen berayun perlahan di atas buaian, mata memerhati penuh minat gerak-geri tubuh sasa suaminya.

Hampir 15 minit Jibrail membersihkan kereta dan motor tersebut sebelum lelaki itu berjalan mendekati Yasmeen. Kucupan ringkas diberikan pada dahi isterinya sebelum cawan jus mangga diambil.

"Bawa I naik motor ni boleh tak?" Tiba-tiba sahaja Yasmeen bersuara sambil melihat penuh minat ke arah motor Jibrail. Lelaki itu meneguk perlahan minuman yang dibuat isterinya.

"Nak pergi mana?" Soal Jibrail sambil memandang Yasmeen, kening dijungkitkan buat beberapa kali. Gadis itu memalingkan wajah memandang suaminya sebelum sengihan lebar diberikan.

"Ronda ronda KL?" Cadang Yasmeen ceria sambil menunggu jawapan dari suaminya. Jibrail menggaru keningnya yang terasa gatal sebelum mengangguk setuju.

Yasmeen menepuk tangan berkali-kali sebelum segera bangkit dari buaian tersebut.

"I nak tukar baju sekejap!" Terkebil-kebil Jibrail apabila Yasmeen sekali lalu sahaja memberikan kucupan ringkas pada dagunya. Gadis itu terus berlari masuk ke dalam rumah.

Kepala digelengkan perlahan, duhai lelaki budiman sabarlah melayan kerenah isteri mu itu. Getus hati Jibrail sambil tangan meraup rambut ke belakang.

Kedua cawan jus yang tinggal sedikit itu diambil sebelum dibawa masuk ke dalam rumah.

BERKERUT dahi Yasmeen apabila Jibrail memandangnya lama, lelaki itu seakan menilik permakaiannya.

"You tengok I dah kenapa?" Soal Yasmeen menyebabkan bebola mata Jibrail bergerak melihat wajah gadis itu. Tangan dibawa bersilang pada dada sambil matanya merenung lama sepasang mata cantik milik Yasmeen.

"Kenapa pakai seluar macam tu?" Tegas Jibrail menyoal sambil menjeling tajam ke arah bawah tubuh isterinya. Kaki panjang gadis jelita itu dibaluti dengan seluar jeans hitam ketat sehingga menampakkan bentuk.

"Dah tu takkan I nak pakai kain pula?" Bidas Yasmeen pula. Lelaki itu merenung tajam matanya sehingga menyebabkan Yasmeen mengalihkan kepala memandang ke arah lain.

"Tukar." Terkebil-kebil Yasmeen saat mendengar arahan dari lelaki itu. Jibrail menolak-nolak isi pipi dalam mulutnya.

"I tak nak tukar!" Balas Yasmeen sambil menjeling tajam wajah tampan suaminya. Lelaki itu senyap buat seketika. Wajah Yasmeen direnung.

"Tukar—"

"Tak nak!" Sama naik sahaja Yasmeen melawan arahan Jibrail. Lelaki itu memalingkan kepala ke arah lain sebelum kelopak mata dipejam rapat. Nafas dihembus perlahan.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now