-Bab 24

42.8K 3.7K 597
                                    

24. Senyuman Yasmeen.

JIBRAIL mendekati iPhone nya yang tiba-tiba sahaja berdering kuat meminta diangkat, tuala kecil yang tersidai elok pada besi lat pulldown machine diambil sebelum digunakan untuk mengesat peluh pada leher dah wajahnya.

Berkerut dahi lelaki tampan itu tatkala melihat nama yang terpapar pada skrin gajet tersebut. Sengaja tidak menjawab panggilan pertama, Jibrail mengukirkan senyuman penuh sinisnya apabila iPhone nya kembali berdering.

Panggilan diterima, mood speaker di tekan dan iPhone tersebut diletakkan di atas meja sebelum Jibrail mendekati tricep bar. Kedengaran dengusan kasar dari dalam talian.

"You lambat sangat nak angkat call I ni kenapa?" Tanpa salam tanpa sapaan, Jibrail disembur oleh gadis yang sememangnya sentiasa bergaduh mulut dengannya itu.

"Cik Alana nak apa?" Jibrail tidak membalas soalan Yasmeen malahan memberi soalan lain kepada gadis itu. Malas mahu melayan.

"You dekat mana?" Suara Yasmeen kembali pada nada biasa apabila menyoal soalan kedua itu. Bukan mahu marah pun sebenarnya, sengaja hendak bersinis dengan Jibrail saja.

"Gym." Balas Jibrail yang sibuk melakukan exercise untuk membentuk otot triceps nya. Talian sepi buat seketika dan Jibrail turut senyap tidak menyoal memberi masa kepada gadis itu.

"Esok I nak balik Korea. You datang dekat airport sekali tau?" Terangkat kening Jibrail apabila mendengar arahan daripada gadis jelita yang perlu dijaganya itu.

"For what?" Soal Jibrail sengaja hendak mengetahui niat gadis tersebut. Yasmeen membisu buat beberapa detik, merah wajahnya menahan rasa malu ketika bercakap dengan lelaki itu pada saat ini.

"Sebab haritu you ambil I masa I mula-mula datang Malaysia. So you kena hantar I lah pula." Jibrail tertawa kecil mendengar jawapan dari Yasmeen. Jawapan untuk menyelamatkan diri.

Haihlah Cik Yasmeen Alana.

Tanpa lelaki itu ketahui, Yasmeen yang mendengar suara tawa Jibrail terus mengukirkan senyuman lebar. Hilang rasa gugupnya tadi.

"Pukul berapa?" Soal Jibrail bersahaja. Dia mampu melayan gadis itu cuma malas hendak mendengar bebelan Yasmeen sahaja.

KAKI melangkah bersama senyuman manis yang terukir elok pada wajahnya. Yasmeen memeluk kemas tubuh Nadia di Lapangan Terbang Antarabangsa, Yazir yang berada di situ hanya tersenyum sambil mengusap belakang tubuh Yasmeen.

"Hati-hati dekat sana. Jaga diri. Nanti datang sini balik tau." Nadia meleraikan pelukan pada tubuh Yasmeen, pipi adik iparnya dikucup buat beberapa kali sebelum Yasmeen bersalaman dengannya.

"Kak Nad ni, insyaAllah bulan depan atau bulan depan satu lagi I balik semula Malaysia okey?" Ujar Yasmeen ceria. Bahu Nadia ditepuk lembut. "Abang jaga Kak Nad dengan anak-anak fruit I ni baik-baik tau. Alang-alang tu bagilah anak fruit lain pula dekat I. Bosan dah I tengok dua ketul ni."

Yazir hanya tersenyum mendengar usikan Yasmeen pada Qhayra dan Qhilaf. Dua beradik itu merengek apabila mendengar usikan ibu saudaranya.

"Auntie Yas tak sayang Qhi dengan adik ke?" Soal Qhilaf sambil memeluk kaki Yasmeen, kepala didongakan untuk melihat wajah adik Papanya itu.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now