Bab 2

36.7K 1.3K 19
                                    

3 tahun lepas..

"B.. You jangan buat I macam ni B.. you tak kesian ke dekat Amanda?" Tengku Harraz sudah merayu buat kesekian kali. Dari tadi isterinya itu tidak menghiraukannya.

Anak kecil yang sedang lena di dalam baby cot itu dipandang sayu. Dia cuba menahan tangan Julia Raihana yang sedang memasukkan baju ke dalam bagasi yang diletakkan di atas katil mereka.

"Hey Harraz! You dah janji dengan I kan? After I bersalin, you akan bagi I fokus pada karier I. Kenapa sekarang cakap berbelit-belit pulak?"  Julia Raihana sudah meninggikan suara. Tangan direntap kasar daripada pegangan Tengku Harraz. Tidak dihiraukan anak kecil yang sedang lena itu. Dia tidak peduli! Tengku Harraz sudah berjanji padanya dulu. Lelaki itu akan membenarkan dia terbang ke United States untuk menyambung kariernya sebagai model selepas dia mengandung dan melahirkan anak ini.

Tengku Harraz yang mendengar sudah membesarkan mata. Ya, memang dia pernah berjanji. Tapi dia tak sangka wanita itu benar-benar nekad. Sangkanya hati Julia Raihana akan lembut dan berat hati untuk meninggalkan anak mereka itu selepas dia melahirkan.

"B! Amanda is just two months old. She still needs you, B!" Tengku Harraz cuba mengendurkan suara. Ingin memujuk hati isterinya.

"I don't care, Harraz. Cukuplah I kena tolak banyak tawaran modelling because I pregnantkan dia. Now, dia dah lahir pun I still kena tolak offer sebab dia? No way!" Julia Raihana sudah buat muka menyampah. Cukuplah dia ikut cakap lelaki itu tempoh hari.

Sebenarnya kelahiran Tengku Raisya Amanda adalah satu kesilapan dalam hidupnya. Sejak berkahwin dengan lelaki itu tahun lepas, dia senyap-senyap mengambil pil perancang tanpa pengetahuan Tengku Harraz. Dia tidak mahu mengandung. Kariernya sedang berada di puncak ketika itu .

Namun, entah dimana silapnya, dia disahkan hamil. Pil perancangnya tidak menjadi. Dan dia tidak sempat merahsiakan kandungannya itu daripada pengetahuan Tengku Harraz. Kalau ikutkan dia mahu menggugurkan kandungannya itu. Tetapi Tengku Harraz yang memaksa dia untuk meneruskan kandungan. Suaminya itu berjanji akan membenarkan dia fokus pada kariernya sebagai model selepas dia bersalin. Tapi sekarang, lain pula cakap lelaki di depannya ini.

"B, takkan you tak kesiankan Amanda B? Takkan you sanggup nak tinggalkan anak kita?" Tengku Harraz mencuba lagi.

"I tak kisahlah tentang dia Harraz. Pandai-pandai la you jaga dia. You yang nak sangat anak ni kan? You yang paksa I lahirkan dia. You pun tahu kan, I lahirkan dia pun sebab you dah janji dengan I yang I boleh fly ke US after deliver" Julia Raihana menjeling tajam. Suaranya sudah meninggi. Tidak dihiraukan rengekan Tengku Amanda yang terkejut dengan jeritannya itu.

"B! Sampai hati you cakap macam tu. Amanda tu anak kita B!" Tengku Harraz segera menggendong anaknya yang sudah menangis. Ditepuk perlahan tubuh anak kecil itu.

"Anak kita? Sorry, itu anak you je. Kalau ikutkan hati I, dah lama dah I gugurkan kandungan haritu" Julia Raihana sudah mencebik. Entah, dia sudah mati rasa. Kalau dulu memang dia tergila-gilakan lelaki itu. Sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja supaya lelaki tampan itu menjadi miliknya. Namun, selepas berkahwin, dia rasa terkongkong. Lelaki itu semakin hari semakin merimaskannya. Dari segi pemakaian, pergaulan, kerja. Semuanya! Semuanya Tengku Harraz kawal. Sampai dia rasa rimas!

Tengku Harraz membuntangkan mata. Tidak sangka ayat itu keluar daripada mulut wanita yang dicintainya sepenuh hati itu. Sudah lima tahun mereka menjalinkan hubungan cinta. Tidak sangka tempoh lima tahun itu belum cukup untuk membuatkan wanita itu membatalkan niat meninggalkan bumi Malaysia ini.

"B! Apa you cakap ni?" Luluh hatinya ketika ini.

"Betullah apa I cakap. You yang nakkan sangat anak ni. You la jaga dia" Julia Raihana sudah menutup bagasinya sebelum kaki dihayun. Ingin melangkah keluar dari bilik itu.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now