Bab 4

33.4K 1.3K 30
                                    

 Nurina Amani melangkah perlahan ke dapur. Ingin mencari Tengku Syafiyya. Daripada tadi dia tak nampak kelibat wanita itu. Dia syak Tengku Syafiyya saja main sorok-sorok dengan dia ni.

"Mommy, I'm hungyy (hungry) " kanak-kanak yang berada dalam dukungannya itu berbisik perlahan di telinga Nurina Amani. Tangan kecil itu juga naik menutup mulutnya dan telinga Nurina Amani sambil berbisik. Macam berbisik tentang rahsia negara saja lagaknya.

"Alaa keshiannya dia. Nanti Acik Amani carikan mommy baby girl dulu okay?" Nurina Amani sudah tersenyum. Terhibur dengan gelagat kanak-kanak comel itu.

"Kak Lili, Kak Lili nampak Fiyya tak?" Nurina Amani sempat menahan pembantu rumah Tengku Syafiyya yang sedang membawa sebuah bekas berisi tembikai. Mungkin ingin menambah makanan di luar.

"Eh tadi kalau tak silap Cik Fiyya ada cari Cik Amani" jawab Lili. Dia memandang ke arah Tengku Amanda yang sedang berada dalam dukungan Nurina Amani itu. Pelik. Setahunya kanak-kanak kecil itu tidak mahu dengan orang yang dia tidak kenal. Tapi bila memikirkan Nurina Amani juga rapat dengan keluarga Tengku Syafiyya, Lili hanya mendiamkan diri sahaja. Lagipun kanak-kanak itu pun nampak selesa memeluk leher Nurina Amani.

"La yeke? Daripada tadi saya cari dia tak jumpa-jumpa" Nurina sudah melepaskan keluhan kecil. Apa yang payah sangat dia nak berjodoh dengan Tengku Syafiyya ni? Nak call sahabatnya itu rasa macam tak patut sangat kerana mereka berdua sedang berada di bawah bumbung yang sama.

"Kak Lili nak pergi mana ni?"

"Akak nak pergi tambah buah dekat luar. Dah nak habis"

"Oo.. kalau Kak Lili ada nampak Fiyya, tolong bagitahu dia yang saya ada dekat dapur ye, kak"

"Baiklah..Cik Amani dah makan?"

"Belum lagi Kak Lili"

"Kalau Cik Amani nak makan, nasi, lauk pauk semua dah ada atas meja tu. Cik Amani tak payah ambik makanan kat luar" ujar Lili sebelum dia meminta diri untuk menghantar tembikai ke khemah luar.

Nurina Amani hanya mengangguk kecil sambil tersenyum nipis. Dia hanya mengikuti langkah Lili dengan ekor mata.

"Mommy.. nak nacik (nasi)" Nurina Amani berpaling. Memandang ke arah kanak-kanak yang berada dalam pelukannya.

"Baby girl lapar ye?"

Nurina tersenyum apabila kanak-kanak itu menganggukkan kepala berkali-kali. Dia pun dah lapar sebenarnya. Alang-alang boleh la dia suapkan kanak-kanak yang berada dalam dukungannya itu. Kesian juga. Dari tadi cakap lapar. Batang hidung mommynya pun tak nampak-nampak daripada tadi. Pelik. Takkan la tak jenguk langsung anak yang sorang ni. Sudahlah anak masih kecil. Fiyya pun sama! Entah pakai ilmu apa entah sampai sekarang dia tak jumpa-jumpa. Bebel Nurina Amani dalam hati.

"Acik Amani suapkan nasi okay?"

"Okay, mommy!" Kanak-kanak itu sudah menepuk tangan sambil tersenyum gembira.

"Jom"

Nurina Amani meletakkan kanak-kanak itu di atas kerusi di meja makan. Laju sahaja tangannya mengisi nasi putih dan sup ayam ke dalam pinggan. Rasanya itu sahaja lauk yang boleh dimakan oleh kanak-kanak itu. Takut juga hendak menyuap sebarangan. Nanti tak pasal-pasal kena saman pulak dengan ibu bapa kanak-kanak comel itu.

"Baby girl, baca doa" lembut sahaja suara Nurina Amani menyuruh kanak-kanak itu membaca doa. Laju sahaja tangan kanak-kanak itu naik menadah tangan.

"Bis..milla..hirrahma..nir..rahim" Nurina Amani menyebut satu persatu bacaan doa makan sambil diikuti anak kecil itu.

"Alloohumma..barik.. lanaa..fiimaa razatanaa..waqinaa..'adzaa..bannar.. Aamiin" lancar sahaja suara halus itu membaca doa makan walaupun kedengaran pelat.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now