Bab 26

36.1K 1.5K 54
                                    

"Tengku ada tak?"

Nancy menarik nafas dalam sebelum satu senyuman plastik dilakarkan pada wajah. Wajah sombong wanita di hadapannya itu dipandang.

"Tengku tak ada, Cik Mia. Ada meeting dengan client dekat luar" jawab Nancy sopan. Tengku Harraz sudah memberi amaran untuk tidak membenarkan Mia Izara berjumpa dengannya. Jadi terpaksalah Nancy mereka alasan setiap kali wanita itu datang untuk bertemu dengan majikannya itu.

"Hish, you ni betul-betul ke? Entah-entah you tipu I " Mia Izara sudah menjeling ke arah Nancy.

"Betul, Cik Mia. Takkan saya nak tipu" tambah Nancy lagi.

Mia Izara sudah memeluk tubuh. Jam di tangan dilihat sebelum mata mencerlung memandang ke arah penyambut tetamu itu.

"Sampai pukul berapa Tengku meeting?"

"Saya tak pasti, Cik Mia. Encik Ehsan tak ada inform apa-apa pulak tadi sebelum keluar"

"Whatever! I akan tunggu Tengku balik" ujar Mia Izara seraya melangkah masuk ke ruang menunggu VIP itu. Dia menghenyak punggung ke sofa yang terdapat di bilik itu. Tangan naik memeluk tubuh. Tidak dihiraukan seorang wanita dan kanak-kanak yang duduk di sofa berhampirannya.

Nancy sudah serba salah. Dia takut dimarahi oleh Tengku Harraz jika majikannya itu tahu yang Mia Izara sedang menunggunya. Bibir mengukir senyuman saat pandangan mata bertemu dengan wanita bertudung yang turut menghadiahkan senyum kepadanya.

"Mommy.."

Nurina Amani menunduk. Wajah Tengku Amanda di pangkuan dipandang. Riak anak itu jelas bosan.

"Sayang bosan ye?"

Tengku Amanda menganggukkan kepala beberapa kali.

"I want daddy.." Kanak-kanak itu sudah mencebikkan bibir.

Nurina Amani hanya tersenyum nipis. Tidak pelik kanak-kanak itu tiba-tiba meminta daddynya. Ternampak kereta Tengku Harraz yang terparkir di bawah tadi pun dah buat kanak-kanak itu teruja. Pasti dia mengharap dapat bertemu dengan daddynya di sini.

"No, sayang. Daddy kan tengah work. Balik nanti kita jumpa daddy, okay?"

"No. I want daddy!" Tengku Amanda sudah menangis.

Nurina Amani membaringkan tubuh anak kecil itu di pangkuannya. Botol susu dikeluarkan dari beg sebelum disuakan ke dalam mulut Amanda. Belakang tubuh anaknya itu ditepuk perlahan. Dia tahu Amanda sudah mengantuk. Kerana itulah kanak-kanak itu meragam.

"Okay, sayang.. sekejap lagi kita jumpa daddy, okay? Amanda sleep dulu.."

"You ingat ni taska ke?" Sinis sahaja suara wanita itu kedengaran di telinga Nurina Amani. Nurina Amani berpaling. Dia menghadiahkan senyuman kepada wanita yang sedang duduk memeluk tubuh di sofa berhampirannya.

"Maaf ya Cik kalau anak saya mengganggu" lembut sahaja Nurina Amani menuturkan.

"Dah tahu mengganggu tu yang bawak juga datang sini buat apa?" Mia Izara mencebik. Dia cukup menyampah kalau ada yang mengganggu ketenteramannya.

Nurina Amani hanya mendiamkan diri. Tidak mahu memanjangkan amarah wanita itu.

"Mommy.. why aunty angyy (angry)?"

Nurina Amani tersenyum. Wajah polos yang sedang memandangnya itu dikucup perlahan.

"Aunty tak angry la, sayang. Aunty tired kot"

"Aunty's face sho shcaryy (so scary).. like a monster" sambung Tengku Amanda lagi.

"Shh.. tak baik cakap macam tu, sayang. Nanti Allah marah"

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now