Bab 7

34.9K 1.7K 50
                                    

Nurina Amani membuka mata perlahan. Dia membetulkan duduk. Sakit juga pinggang apabila terpaksa tidur dalam posisi begini. Bukannya Tengku Harraz  tidak menyuruh Nurina Amani tidur bersama Tengku Amanda di atas katil tapi Nurina Amani awal-awal lagi menolak. Tidak manis rasanya. Sudahlah lelaki itu turut ada bersama dalam bilik itu. Kalau hanya dia dan Tengku Amanda, lain cerita. Akhirnya dia hanya tidur dalam posisi duduk sambil meletakkan kepala di atas katil pesakit itu.

Nurina Amani berpaling ke belakang. Mencari kelibat Tengku Harraz.
Tiada. Nurina Amani sudah mengerutkan dahi. Dia memanjangkan leher. Jam di dinding dikerling. Matanya dibuntangkan. Dah pukul 8.00 pagi. Patutlah dah cerah semacam. Nasib baiklah dia uzur. Kalau tak, subuh entah ke mana dah.

Wajah Tengku Amanda yang sedang lena itu ditatap sayang. Tangan kecil milik kanak-kanak itu sedang menggenggam ibu jari Nurina Amani. Dia tak tahu mengapa, tapi dia rasa istimewa bila dengan kanak-kanak ini. Dia rasa dia diperlukan. Dia rasa disayangi. Dan dia suka akan rasa itu.

Tangan naik menyentuh dahi dan leher Tengku Amanda . Nurina Amani menghamburkan nafas lega. Alhamdulillah, demam kanak-kanak itu telah kebah. Suhu badannya sudah kembali normal.

Pipi kanak-kanak itu dikucup perlahan.

"Assalamualaikum. Morning, babygirl" ujar Nurina Amani ceria saat kanak-kanak itu membuka mata perlahan-lahan. Terus bibir comel itu mengukir senyuman saat wajah Nurina Amani terlayar di hadapan mata.

"Baby girl nak susu?" Nurina Amani hanya tersenyum melihatkan Tengku Amanda yang nampak masih mamai itu.

"Nak!" Laju kanak-kanak itu mengangguk.

"Sayang habiskan susu dulu, kejap lagi kita mandi, okay?"

"Okay, mommy"

Nurina Amani mencium pipi Tengku Amanda itu sebelum dia berlalu mengambil tuala untuk dipakai kanak-anak itu selepas mandi.

***************************************

Tengku Harraz mengerutkan dahi apabila melangkah masuk ke dalam bilik. Kelibat Nurina Amani dan anaknya tidak kelihatan. Bungkusan makanan yang dibeli tadi diletakkan di atas meja.

Perlahan-lahan langkah diatur ke tandas di dalam bilik itu. Mahu mencari kedua-duanya.

"Baby girl! Habis basah baju Acik Amani!" Suara kuat wanita itu dan gelak tawa anaknya di dalam tandas membuatkan langkah Tengku Harraz terhenti. Terus dia menukar arah langkah kaki. Melabuhkan punggung di sofa yang terdapat di bilik itu. Tahulah dia yang mereka berdua sedang mandi.

"Shorry mommy! Nanti kita go buy baju baru okay" Kanak-kanak itu bersuara ceria.

Tengku Harraz termangu. Tipulah kalau dia katakan hatinya tidak terusik mendengarkan suara ceria anaknya itu memanggil seseorang dengan panggilan mommy. Dia tidak pernah bayangkan yang anaknya akan berpeluang memanggil seseorang dengan panggilan itu lagi.

Baginya mommy Amanda sudah lama mati. Sepanjang tiga tahun ini, dialah daddy, dan dia cuba untuk menjadi mommy kepada anaknya itu. Tidak pernah dia biarkan Tengku Raisya Amanda rasa kekurangan kasih sayang. Tapi rupanya, tanpa dia sedar, anak itu ketandusan kasih seorang wanita yang bergelar ibu.

"Amanda ada duit ke nak belikan baju baru untuk Acik Amani?" Kedengaran suara Nurina Amani dari dalam tandas bilik itu.

"Amanda can ask daddy for money. Daddy ada banyak money" Pecah tawa Nurina Amani mendengar jawapan Tengku Amanda itu.

"Okay. Nanti acik Amani mintak dengan daddy baju cantik-cantik. Boleh?" Ujar Nurina Amani sambil tertawa.

"Boleh, mommy! Daddy kan goodboy. Meshti(mesti) daddy belikan mommy new dresh(dress) nanti"

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang