Bab 34

36.4K 1.4K 72
                                    

Nurina Amani mengerling sekilas wajah Tengku Harraz yang sedang menyandarkan badan di kepala katil itu. Lelaki itu begitu fokus dengan ipad di tangan. Wajah lelaki itu nampak dingin.

Sebenarnya dari petang tadi lelaki itu seperti tiada mood. Semasa masuk ke dalam rumah petang tadi, wajah lelaki itu merah padam. Dan mukanya sangat tegang. Tengku Khalida pun takut hendak menegur. Apatah lagi Tengku Syafa dan Tengku Syafiyya. Dia? Lagilah tak berani.

Melihatkan Tengku Harraz yang begitu khusyuk dengan ipadnya, Nurina Amani mencuri peluang untuk merenung wajah lelaki itu.

Kata-kata Tengku Syafa tadi kembali bermain semula difikiran. Dia tidak pernah terfikir pun lelaki itu menyimpan luka selama ini. Sikit pun dia tak sangka yang lelaki dingin ini rupanya pernah berusaha untuk bangkit meneruskan hidup demi Amanda.

"Ehem.."

Nurina berdehem perlahan. Cuba menarik perhatian lelaki di sebelahnya itu. Takut-takut berani.

Hampa. Lelaki itu sikitpun tidak menoleh ke arahnya. Entah apa yang ditenung di skrin ipad tu pun Nurina tidak tahu.

"Ehem.." Kali ini lebih kuat. Dan kali ini usahanya membuahkan hasil. Tengku Harraz menoleh. Wajahnya masih dingin.

"You need anything?" Tanpa nada sahaja Tengku Harraz bertanya. Ipad di tangan diletakkan ke atas meja sisi.

"Err.. Tengku.."

"Yes?" Masih dingin.

Nurina Amani menelan air liur. Nak tanya ke tak ni?

"Err.. takde apa-apalah. Maaf ganggu Tengku buat kerja" Nurina Amani tersenyum tawar.

Tengku Harraz mengerutkan dahi.

"Are you okay?"

Nurina Amani mengangguk.

"Kau ada sakit dekat mana-mana ke?"

Nurina Amani menggeleng perlahan.

Tengku Harraz melepaskan keluhan kecil.

"Habis tu?"

Nurina Amani terdiam. Dia hendak bertanya mengapa lelaki itu nampak moody tapi tiba-tiba dia tidak berani apabila melihat wajah dingin itu.

Tengku Harraz memalingkan tubuh mengadap Nurina Amani yang sudah berbaring.

"Kau ada apa-apa nak share dengan aku ke?" Tanya Tengku Harraz perlahan. Mata dihalakan tepat ke arah wajah yang nampak gelisah itu.

"Err.. takde..tapi.." Nurina Amani memainkan jari jemarinya.

"Tapi?"

"Tengku ada apa-apa nak share dengan saya?" Nurina Amani bangkit dari baringan. Tubuhnya disandarkan ke kepala katil.

Tengku Harraz diam.

"Tengku ada masalah ke?" Tanya Nurina Amani lagi apabila lelaki itu hanya diam.

"Kenapa kau tanya macam tu?"

"Sebab dari tadi saya tengok muka Tengku macam ada masalah" Takut-takut sahaja Nurina Amani memandang ke arah lelaki itu.

Tengku Harraz meraup wajah. Tepat telahan wanita itu. Kepalanya terlalu kusut ketika ini. Tidak cukup dengan masalah Mia Izara, kini hadir pula seorang Julia Raihana.

Menyingkap kembali kisah tiga tahun lepas, hatinya rasa seperti disiat-siat. Sangkanya kehadiran semula bekas isterinya itu tidak akan memberi sebarang kesan kepadanya. Tapi dia silap. Hatinya sakit, luka lama seakan berdarah kembali apabila melihat wajah itu tadi. Kerana itu dia memilih untuk mendiamkan diri. Dia lebih rela memendam dan menelan semuanya. Dia takkan jatuh lagi seperti tiga tahun lepas.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now