Part 35

36K 1.3K 57
                                    

"Babygirl, babygirl tinggal dengan nenda sekejap, ya sayang?" Pipi anak yang sedang duduk di atas pangkuannya itu dicium lembut.

"Where are you going, mommy?"

"Mommy nak pergi hospital" Terpaksa berbohong. Nurina Amani menyisir rambut kanak-kanak itu dengan jari.

"Mommy shakit (sakit) lagi?"

Nurina Amani mengangguk sambil tersenyum.

"I will mish (miss) you, mommy!" Kemas tangan Tengku Amanda memeluk tubuh Nurina Amani.

"I will miss you too, sayang. Jangan naughty-naughty tau. Dengar cakap Nenda" Ujar Nurina sambil membalas pelukan anak kecil ni.

"Okay, mommy. Mommy don't be shick (sick) again, okay?"

Nurina Amani mengusap wajah polos milik Amanda itu.

"Okay, sayang"

"Amboi, Amanda dengan mommy Amanda ni macam nak berpisah lama je.." Tengku Khalida mengukir senyum apabila melihat gelagat menantu dan cucunya itu.

Nurina Amani hanya membalas senyuman Tengku Khalida. Beg tangan di atas meja dicapai apabila melihat Aizat sudah menunggunya di muka pintu.

"Amani pergi dulu ya, bonda. Terima kasih sebab sudi tengok-tengokkan Amanda sekejap" Nurina Amani menghulur tangan untuk untuk bersalam. Kepala tunduk mencium belakang tangan ibu mertuanya itu.

"Tak ada apa la Amani. Amani tak payah risau pasal Amanda ni" ujar Tengku Khalida sambil mendukung Tengku Amanda yang sudah menyua tangan minta didukung.

"Amani jaga diri elok-elok. Ni nanti Harraz ikut sekali kan?"

"Haah, bonda.. Tengku tak bagi Amani pergi sendiri"

Tengku Khalida tersenyum.

"Sayang betul anak bonda tu dengan isteri dia ni" ujar Tengku Khalida sambil mengusap pipi menantu kesayangannya itu.

"Eh, ke situ pulak bonda ni. Bonda tahu kan kenapa Tengku kahwin dengan Amani?" Lembut sahaja Nurina Amani bertanya sambil tersenyum tawar. Tengku Harraz sayangkannya? Tak mungkin.

"Bonda tahu.. Harraz kahwin dengan Amani sebab Amanda. Tapi bonda yakin, Harraz betul-betul sayangkan Amani" Tengku Khalida senyum lagi. Dia kenal Tengku Harraz. Lelaki itu adalah anaknya. Dia tahu anaknya itu sudah sayangkan Nurina Amani.

"Bonda kenal anak bonda. Bonda tahu Amani dah ada tempat dalam hati Harraz. Percayalah.." Tambah Tengku Khalida lagi.

Nurina Amani hanya mendiamkan diri. Tapi wajahnya sudah memerah. Dalam hati rasa berbunga apabila mendengar kata-kata Tengku Khalida itu tetapi otak menidakkan. Mustahil!

"Mommy pergi dulu ya, sayang" sekali lagi pipi anak itu dicium. Entah kenapa, hati rasa berat untuk meninggalkan Tengku Amanda petang ini.

"Okay, mommy! Amanda tunggu mommy, okay?" Ceria sahaja suara Tengku Amanda. Pipi Nurina Amani turut dikucup perlahan.

Nurina Amani mengangguk perlahan sambil tersenyum. Dia merenung wajah comel Tengku Amanda. Lama.

***************************************

Ting~

Bunyi yang menandakan mesej masuk itu mengalihkan perhatian Nurina Amani dari pemandangan luar. Segera beg tangannya diselongkar untuk mencari telefon bimbit.

Ting~

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Semakin laju tangan menyelongkar beg. Memang patut pun Tengku Harraz cadangkan agar dia membeli beg yang lebih kecil. Susah betul nak cari telefon dalam beg yang besar macam ni.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now