Bab 43

42.3K 1.5K 122
                                    

"Tengku.."

Tengku Harraz yang sedang merenung ke luar tingkap kereta itu menoleh ke arah wanita di sebelahnya. Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menjalani terapi fisio di hospital.

"Tengku ada nak saya masak apa-apa tak untuk makan malam nanti?" Soal Nurina Amani sambil tersenyum tawar. Cuba menyembunyikan rasa sebak.

Tengku Harraz hanya diam.

"Lepas ni entah bila lagi saya dapat masak untuk Tengku.." tambah Nurina Amani lagi. Bergetar suaranya. Menahan rasa sebak yang maha hebat.

Tengku Harraz masih diam. Tiada sebarang suara yang keluar daripada mulutnya. Pandangan kembali dialihkan ke arah luar tingkap.

Nurina Amani tersenyum pahit.

Masakan makan malam hari ini haruslah menu yang istimewa. Kerana ia adalah masakan terakhir yang akan dijamu untuk suaminya itu. Masanya untuk pergi daripada hidup lelaki itu telah pun tiba. Tempoh masa yang ditetapkan untuknya telah pun tamat. Nurina Amani akur.

Flashback

"Well done, Tengku!" Meriah suasana di Jabatan Fisioterapi itu apabila staff-staff di situ bersorak dan bertepuk tangan melihat Tengku Harraz yang mula bertatih dengan bantuan alat yang disediakan.

Sudah empat bulan Tengku Harraz mendapatkan rawatan terapi di Jabatan Fisioterapi ini dan hari ini lelaki itu sudah berjaya berdiri dengan sendiri dan berjaya melangkah beberapa tapak.

Nurina Amani yang turut memerhati hanya tersenyum. Cuba menyembunyikan duka.

"Tahniah jugak pada Che Puan.. Sokongan yang Che Puan bagi pada Tengku sangat hebat. Tak pernah sekali pun Che Puan missed untuk temankan Tengku datang terapi.." ujar Encik Solehin, Pakar Fisioterapi di jabatan itu.

Nurina Amani hanya tersenyum tawar. Air matanya sudah bergenang. Perasaannya bercampur baur kala ini.

Sejujurnya, dialah manusia yang paling gembira apabila melihat lelaki itu sudah dapat berdiri semula. Malah dia tidak pernah berhenti memohon kepada Allah supaya memulihkan lelaki itu. Tetapi ini juga perkara yang dia paling takuti. Meninggalkan Tengku Harraz dan Tengku Amanda ibarat satu hukuman mati yang dijatuhkan padanya.

Pandangan dialihkan ke arah Tengku Harraz yang turut memandang ke arahnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

***************************************

Nurina Amani melangkah perlahan-lahan menuju ke meja makan. Dengan penuh berhati-hati dia menatang pinggan yang berisi seekor ikan siakap stim limau sebelum diletakkan ke atas meja. Bersebelahan sepinggan daging goreng kicap dan sayur brokoli goreng.

"Wow, specialnya lauk harini. Semua lauk favourite abang Harraz ni!" Tengku Syafa mengambil tempat duduk.

Nurina Amani hanya tersenyum. Walaupun lelaki itu tidak menjawab soalannya petang tadi, dia memang sudah berniat untuk memasak lauk kegemaran lelaki itu.

Melihatkan lauk-lauk yang dibawa oleh MakMah ke meja makan, mata Tengku Syafa membulat.

"Udang masak lemak dengan asam pedas pun ada? Ya Allah favorite Syafa dengan bonda ni Kak Amani!" Tengku Syafa menepuk tangan perlahan.

"Sup ayam favourite Cik Amanda pun ada jugak ni, Ku Syafa.." ujar Linda yang membawa mangkuk sup ayam itu sambil tersenyum. Che Puannya itu memang rajin memasak. Tetapi malam ini rajinnya lain macam. Sampai lima enam menu.

Nurina Amani menggeleng kepala perlahan sambil tersenyum nipis. Ya, lauk kegemaran Tengku Amanda, Tengku Syafa dan Tengku Khalida juga tidak dikecualikan. Dia memang sudah berniat kerana entah bila pula dia berpeluang untuk memasak untuk mereka lagi.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now