Bab 18

35.1K 1.5K 107
                                    

Tengku Harraz mengerutkan dahi. Bunyi alarm yang kedengaran asing di telinga membuatkan dia membuka mata perlahan. Dalam kesamaran cahaya lampu tidur itu jelas terpampang wajah Nurina Amani yang masih lena di hadapan matanya. Terbuntang mata Tengku Harraz. Lebih terkejut apabila dia menyedari kedudukan tangannya yang sedang melingkari pinggang wanita itu.

'Ya Allah!' segera Tengku Harraz mengubah posisi. Tangan segera dialihkan dari pinggang wanita itu sebelum dia meraup wajah. Nasib baik wanita itu sedang lena dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku.

Tengku Harraz bangun dari baringan. Dia sudah tahu mahu mencari Amanda di mana. Anak perempuannya itu memang tidur mengalahkan helikopter. Perlahan-lahan Tengku Harraz menghampiri Tengku Amanda yang sudah berada di hujung kakinya dan Nurina Amani. Dia menggeleng perlahan sebelum tubuh kecil itu diangkat dan dibaringkan semula ke sebelah Nurina Amani.

"Tettt.. tett.. tettt.." Tengku Harraz berpaling ke arah telefon bimbit yang berbunyi sekali lagi. Dia berpaling pula memandang ke arah wanita yang masih lena dibuai mimpi. Sikit pun tidak terkesan dengan bunyi alarm yang pastinya ditetapkan wanita itu sendiri.

"Dia ni tidur mati ke apa?" Ujar Tengku Harraz perlahan sebelum dia bangun dari katil dan melangkah ke arah meja yang menempatkan telefon bimbit wanita itu. Alarm itu dimatikan. Jam di telefon menunjukkan pukul 5.45 pagi. Patutlah alarmnya masih belum berbunyi. Biasanya alarmnya akan berbunyi pada pukul 6.00 pagi.

Sekali lagi Tengku Harraz memandang wajah Nurina Amani. Berkira-kira untuk mengejut wanita itu. Namun Tengku Harraz membatalkan niat. Terus langkah diatur menuju ke tandas. Ingin membersihkan diri terlebih dahulu.
'Sekejap lagi la kejut..'

Nurina Amani membuka mata sedikit. Ingin memastikan lelaki itu benar-benar sudah tiada di situ. Dia melepaskan nafas panjang. Lega! Nasib baik lelaki itu tidak tahu yang dia sudah terjaga. Kalau tak, tak tahulah nak sorok muka dekat mana. Sedap mulut lelaki itu je cakap dia tidur mati. Siapa yang tidur mati sampai terpeluk orang sebelah?

Perlahan-lahan Nurina Amani mengiring. Berpaling ke arah Tengku Amanda sebelum wajah kanak-kanak itu dicium perlahan.

"Sempadan mommy ni kenapa tidur lasak sangat?" Tangan naik mencuit hidung Tengku Amanda yang sedang lena. Tubuh kanak-kanak itu ditarik ke dalam pelukan. Mata dipejam kembali. Menanti Tengku Harraz siap membersihkan diri.

Nurina Amani membuka mata dengan kerutan di wajah apabila sekali lagi dia dikejutkan dengan percikan air di muka.

"Bangun.. subuh.." itu sahaja yang keluar daripada mulut lelaki itu sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

Nurina Amani mendecit perlahan. Harini strateginya untuk bangun lebih awal daripada lelaki itu tidak menjadi. Ini semua salah Tengku Harraz!

***************************************

"Assalamulaikum.. selamat pagi MakMah!" Sapa Nurina Amani sambil tersenyum ke arah pembantu rumah Tengku Harraz itu.

"Waalaikumussalam Che Puan. Awalnya Che Puan turun ni?" Halimah membalas senyuman majikannya itu.

"Saja turun awal sikit harini MakMah, dapat tolong-tolong apa yang patut"

"Che Puan tak join Tengku dekat gym ke?" Nurina Amani mengerutkan dahi mendengarkan pertanyaan daripada Halimah. Patutlah dia tak nampak bayang lelaki itu daripada tadi. Rupanya lelaki itu berada di tingkat 3. Memang taklah dia nak duduk dalam bilik gym itu dengan lelaki wajah batu itu. Teringatkan peristiwa pagi tadi pun Nurina dah meremang bulu roma.

"Lambat lagi MakMah. Ingat saya rajin ke nak exercise-exercise tu? Baik saya turun bersembang dengan MakMah lagi bagus" ujar Nurina Amani sambil tertawa kecil. Halimah hanya tersenyum. Tangan ligat menyiapkan sarapan untuk kedua-dua majikannya. Mata mengerling jam di dinding dapur. Sudah pukul 7.00 pagi. Sebentar lagi pasti Tengku Harraz akan turun untuk sarapan sebelum pergi ke pejabat.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now