Bab 31

37K 1.4K 16
                                    

"Assalamualaikum babygirl mommy!" Nurina Amani tersenyum nipis apabila melihat wajah yang terpampang di skrin telefon bimbit itu.

"Mommy!!! I miss you mommy.." Tengku Amanda sudah mencebikkan bibir apabila melihat wajah mommynya itu. Bila-bila masa saja tangisannya akan pecah.

"What happened to your face, mommy?"

"Mommy jatuh semalam, sayang" Nurina Amani cuba tersenyum.

"Why mommy fall? Mommy tak careful?" Polos sahaja wajah anak kecil itu bertanya.

"Yes. Mommy tak careful"

"Keshian (kesian) mommy. Meshti (mesti) mommy pain" Tubir mata anak kecil itu sudah bergenang. Sudah dua hari dia tidak bertemu muka dengan mommy dan daddynya.

"Taklah. Mommy tak pain pun.. Mommy kan strong"

"Shtrong (strong)  macam daddy ke mommy?"

Nurina Amani hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Tubir mata sudah bergenang dengan air mata. Dia rindukan anak kecil itu.

"Anak mommy jadi good girl tak tinggal dengan nenda?"

"Amanda good girl mommy. Amanda tak cry pun! Right, nenda?" Ceria sahaja anak kecil itu bersuara. Wajah ditoleh ke arah Tengku Khalida yang memangkunya dari tadi.

"Right, sweetheart. Amanda good girl sangat mommy! Mommy jangan risau. Mommy rest cukup-cukup.. Amanda dengan nenda tunggu mommy balik" Tengku Khalida menahan getar suara. Tidak mahu menunjukkan perasaan sebak yang membaluti hati ketika ini. Luluhnya hati seorang ibu apabila melihat wajah menantunya itu.

Nurina Amani yang mendengar hanya menganggukkan kepala. Laju tangan naik mengesat air mata yang hampir menitis.

"Amani rehat ya, sayang. Jangan fikir banyak sangat. Bonda tahu Amani kuat"

"InsyaAllah, bonda. Terima kasih bonda sebab tolong jagakan Amanda"

"Sama-sama. Pasal Amanda, Amani tak payah risau. Amani rehat je cukup-cukup"

"Okay, bonda" Nurina Amani tersenyum nipis.

"Okay, sweetheart, say bye to mommy. Mommy nak rest" Tengku Khalida mengusap kepala Tengku Amanda.

"Bye mommy! I love you, mommy!"

"Bye, sayang. Be a good girl okay.."

"Okay, mommy!"

Nurina Amani menarik nafas dalam selepas panggilan video itu ditamatkan. Mata melirik ke arah Tengku Harraz yang sedang duduk di sofa di sudut bilik itu. Lelaki itu hanya termenung. Dari pagi tadi lelaki itu tidak mengeluarkan sebarang bicara. Nurina Amani pula tidak berani hendak menegur.

Ketukan pintu dari luar membuatkan Tengku Harraz dan Nurina Amani menoleh serentak. Terjengul wajah Dani di muka pintu.

"Why, Dani?" Serius sahaja nada Tengku Harraz.

"Inspektor Azri ada dekat luar. Dia nak jumpa Tengku"

Bingkas Tengku Harraz berdiri apabila mendengar nama itu disebut. Laju sahaja langkah diatur keluar dari bilik itu.

"Tengku.." tegur Inspektor Azri sambil menganggukkan kepala tanda hormat.

"Saya ada something nak maklumkan pada Tengku" Inspektor Azri berdehem.

Tengku Harraz hanya mendiamkan diri. Mata dihala tepat ke arah lelaki yang berbadan tegap itu.

"Lepas mendapat keterangan dari Che Puan pagi tadi. Kami dah berjaya menangkap dua orang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan Che Puan semalam. Tapi.."

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now