Bab 39

34K 1.4K 47
                                    

"Err.. I macam pernah tengok la muka you.."

Nurina Amani yang sedang termenung jauh itu menoleh. Terus berubah air mukanya. Ternyata mengikut cadangan Tengku Syafiyya untuk keluar hari ini adalah keputusan yang kurang bijak. Wanita itu beria mengajak Nurina Amani keluar berjalan bagi menenangkan fikiran.

"Err.." Nurina Amani bungkam. Tidak sangka akan berjumpa dengan wanita tinggi lampai persis model itu di pusat membeli belah ini. Kalau dia tahu dia tidak akan mengikut Tengku Syafiyya keluar hari ini.

"You Harraz's wife kan?"

Nurina Amani menahan rasa. Entah kenapa apabila perkataan isteri keluar daripada mulut wanita itu, hatinya rasa disiat-siat.

Nurina Amani menebarkan pandangan. Mencari kelibat Tengku Syafiyya yang pergi mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.

Julia Raihana merenung wajah manis wanita di hadapannya yang hanya menunduk itu. Dia cam wajah itu. Wajah itulah yang membuatkan Tengku Harraz cemas apabila wanita itu melihat dia memeluk Tengku Harraz tempoh hari.

"Am I right?"

Nurina Amani hanya mengangguk perlahan.

"Thank God! Dapat jugak I jumpa you before I fly.."

Julia Raihana memandang wajah Nurina Amani dengan rasa bersalah.

"Firstly, I nak mintak maaf sangat dengan you sebab I memang betul-betul tak tahu yang you sebenarnya wife Harraz. I tak tahu yang Harraz dah remarried"

Julia Raihana menarik nafas dalam.

"If I knew he's married, I memang takkan ganggu dia.."

Nurina Amani tersenyum pahit. Tiba-tiba gambar-gambar mesra yang diterima dan adegan berpelukan mereka kembali terlayar di mata.

"It's okay Cik Julia. Saya faham. Lagipun saya tak berhak pun untuk marah.."

"No! You ada hak! I memang bodoh sebab ingat Harraz still sayangkan I. I bodoh sebab fikir yang Harraz akan kembali pada I lepas apa yang I dah buat pada dia.." Julia Raihana memaksa senyum.

Teringat kebodohan sendiri tiga tahun lepas. Memang tujuannya kembali ke Malaysia adalah untuk memenangi semula hati bekas suaminya namun selepas melihat riak wajah dan pandangan Tengku Harraz kepada wanita di hadapannya itu tempoh hari, Julia Raihana angkat bendera putih. Dia kenal seorang Tengku Harraz. Lelaki itu memang susah jatuh cinta. Tetapi sekali sudah sayang, lelaki itu akan sayang sepenuh hati. Dia saja yang bodoh kerana meninggalkan lelaki seperti Tengku Harraz.

Nurina Amani tersenyum hambar. Cuba menyembunyikan air mata yang sudah bergenang.

"Tapi Tengku happy kan bila Cik Julia datang semula dalam hidup dia?"

Julia Raihana menghambur tawa kecil. Tawa yang jelas dibuat-buat.

"I wish.. but dalam hati dia dah tak ruang untuk I. Dalam hati dia cuma ada you.."

"Cik Julia tak perlu nak jaga hati saya.."

"No, im not! I cakap benda yang betul. I yakin the roses and the present I saw in his office was meant for you. He loves you!"

Nurina Amani menggelengkan kepala perlahan. Otaknya tidak dapat menerima apa yang diperkatakan oleh Julia Raihana.

"I kenal Harraz. And I know he loves you!" Julia Raihana mencapai tangan Nurina Amani sebelum menggenggam perlahan.

Nurina Amani hanya mendiamkan diri.

"And one more thing, I minta maaf sangat kalau sebab I, you dengan Harraz bergaduh. Apa yang you nampak haritu.. It's not his fault. I yang bodoh.. I ingatkan dapat buat dia kembali pada I.. Tapi I silap.."

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now