Bab 5

34.3K 1.4K 49
                                    

"Good morning, princess!" Tengku Khalida sudah tersenyum melihatkan Tengku Amanda yang baru bangun daripada tidur itu. Terkebil-kebil kanak-kanak itu memandang ke arahnya

"Where's mommy?" Polos sahaja Tengku Amanda bertanya. Anak mata bulat berwarna hitam pekat itu memandang tepat ke arah Tengku Khalida.

Tengku Khalida terpana. Tiga tahun! Sepanjang tiga tahun, tak pernah cucunya bertanyakan perihal mommynya. Ini pertama kali Tengku Amanda bertanya tentang ibu kandungnya. Tengku Khalida menarik nafas dalam.

"Mommy? Mommy mana pulak ni Amanda?" Tengku Khalida sudah mengerutkan dahi. Apa mimpi kanak-kanak ini tiba-tiba bangun dari tidur mencari mommy?

"Shemalam (semalam)  Amanda shleep(sleep) dengan mommy! Where's mommy, nenda?" Tengku Amanda sudah mencebik. Air mata sudah bergenang. Bila-bila masa sahaja tangisan kanak-kanak itu akan pecah.

"Mommy tinggal Amanda ye, nenda?" Tengku Amanda memandang ke arah Tengku Khalida.

Tengku Khalida tergamam sekali lagi.

"Mommy doesn't love me anymore?" Tengku Amanda bertanya lagi apabila tidak menerima jawapan daripada Tengku Khalida.

"No, princess. Semua orang sayang Amanda. Daddy, Nenda, BondaSu semua loves you" Cepat-cepat Tengku Khalida memeluk cucunya itu.

"But mommy tak shayang Amanda. Mommy leave me!" Tangisan Tengku  Amanda sudah semakin kuat.

"Okay okay.. nanti kita cari mommy Amanda, ya? Don't cry okay, princess?" Kalut Tengku Khalida memujuk.

"No! I want my mommy now!"

"Okay, princess. Come, kita pergi shower dulu, after that we go find your mommy, okay?" Tengku Khalida cuba memujuk lagi.

"No, nenda! Amanda nak mommy now. Plishh call mommy, nenda!" Tengku Amanda sudah membaringkan diri di atas katil semula sambil menangis.

"Kenapa ni, bonda?" Tengku Syafa yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu mengerutkan dahi. Pelik melihatkan Tengku Amanda yang sedang menangis itu. Botol susu ditangan diletakkan ke atas meja yang berada di sisi katil.

"Bonda tak tahu la Syafa. Bangun-bangun tidur je, Amanda tanya mana mommy dia. And now, dia siap suruh bonda call her mommy"

"Hah? Then, are you going to call that b*tch?" Tengku Syafa berbisik perlahan  Dia sudah mengetap gigi membayangkan wajah Julia Raihana.

"Tak baik cakap macam tu, Syafa" perlahan Tengku Khalida menegur.

Tengku Syafa hanya menghamburkan nafas berat sebelum dia mengatur langkah mendekati katil.

"Bonda pun tak tahu nak buat apa sekarang ni. She kept asking for her mommy"

Tengku Syafa melabuhkan punggung di birai katil.

"Princess, come! Amanda nak jumpa mommy ye?" Laju sahaja kanak-kanak itu mengangguk mendengarkan pertanyaan Tengku Syafa. Mata dan hidungnya sudah memerah akibat menangis.

"Okay, kalau macam tu, stop crying. Minum susu dulu, nanti BondaSu call your mommy okay?" Ujar Tengku Syafa. Botol susu yang baru dibancuh tadi dihulurkan kepada Tengku Amanda namun ditepis perlahan oleh anak saudaranya itu.

"No! Amanda taknak shushu (susu)! Amanda nak mommy! Bondashu, plishh (please) call mommy" Tengku Amanda sudah teresak-esak.

"Okay okay..Amanda kan goodgirl. Tak nak la nangis macam ni. Minum susu dulu. Nanti Amanda hungry" Kanak-kanak yang sedang menangis itu ditarik ke dalam pelukan. Tengku Syafa sudah pening memikirkan cara untuk memujuk. Dari pagi tadi Tengku Amanda tidak mahu makan dan minum.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now