Bab 24

35.5K 1.4K 18
                                    

+60179****04
Hi Tengku!
Why is it so hard to see you lately?

+60179****04
Are you avoiding me, Tengku?
Why?
Tengku takut tergoda dengan I ke? 😘

+60179****04
Why are you not answering my calls?

Tengku Harraz meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja di sebelah katil. Satu keluhan kasar dilepaskan. Mia Izara! Sejak dua menjak ini semakin kerap wanita itu mengganggunya. Baik di pejabat ataupun melalui panggilan telefon dan mesej. Bukannya dia tidak pernah memberi amaran kepada wanita itu agar berhenti mengganggunya tetapi wanita itu seolah-olah tidak terkesan dengan amaran yang diberikan. Akhirnya Tengku Harraz mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan. Dia hanya mengabaikan sahaja panggilan telefon dan mesej-mesej daripada wanita itu. Dia pasti lambat laun wanita itu pasti akan mengalah.

Nurina Amani yang baru keluar daripada bilik wardrobe itu dipandang sekilas sebelum mata kembali ditumpukan pada ipad di tangan. Tidak berminat untuk memulakan bicara. Moodnya dah ke laut setelah menerima mesej daripada Mia Izara tadi.

Nurina Amani melangkah perlahan menuju ke katil sebelum melabuhkan punggung di birai katil. Dia mengucup lembut wajah Tengku Amanda yang sedang lena sebelum tubuh disandarkan ke kepala katil. Wajah Tengku Harraz yang sedang membaca sesuatu di ipadnya itu dipandang.

"Tengku.." panggil Nurina Amani perlahan. Bimbang mengganggu lelaki itu.

Tengku Harraz menoleh. Tiada suara yang keluar daripada mulutnya. Hanya kening dijungkit sedikit. Memberi isyarat agar wanita itu menyambung.

"Esok Tengku sibuk tak?"

Tengku Harraz mengerutkan dahi.

"Why?" Mata kembali difokuskan ke arah ipadnya.

"Esok kalau saya tinggal Amanda dengan Tengku sekejap boleh?" Tanya Nurina Amani perlahan. Wajahnya sudah kelihatan serba salah.

Tengku Harraz kembali menoleh. Wajah wanita disebelahnya dipandang tajam.

"Kau nak pergi mana?" Dingin sahaja suara lelaki itu menampar pendengaran Nurina Amani. Dia menelan air liur perlahan.

"Saya nak mintak izin Tengku. Saya ingat nak balik Sungai Pelek sekejap esok. Tu pun kalau Tengku izinkan" Lembut sahaja Nurina Amani bersuara. Dia rindukan arwah ibu sebenarnya. Dua tiga hari ini sudah beberapa kali arwah ibu menjenguknya dalam mimpi. Membuatkan hatinya meronta-ronta ingin pulang ke rumahnya di Sungai Pelek. Rumah yang menjadi saksi kenangan-kenangan yang dicipta bersama ibu. Memandangkan esok hari Sabtu, dan Tengku Harraz tidak berkerja. Bolehlah Tengku Amanda ditinggalkan sebentar bersama Tengku Harraz semntara dia menziarah kubur ibu dan pulang ke rumahnya esok.

Tengku Harraz hanya diam. Lagaknya seperti tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Nurina Amani sebentar tadi.

"Tengku jangan risau. Saya tak bawak Amanda pun. Sebab tu saya tanya dulu Tengku free tak esok" sambung Nurina Amani lagi. Wajah lelaki yang masih tidak mengendahkannya itu dipandang. Manalah tahu lelaki itu berat hati mengizinkan kerana memikirkan dia akan membawa Tengku Amanda bersama.

Diam. Sekali lagi dia tidak diendahkan.

Nurina Amani menahan rasa. Dia tersenyum pahit.

"Kalau Tengku tak izinkan takpelah" perlahan sahaja Nurina Amani bersuara. Cuba menutup rasa sebak di hati. Kalau lelaki itu tidak izinkan, memang dia tidak akan pergi. Lelaki itu adalah suaminya. Berdosa jika seorang isteri keluar rumah tanpa izin suami.

Perlahan-lahan Nurina Amani merebahkan tubuh. Membelakangi Tengku Amanda dan Tengku Harraz. Ya, dia tahu berdosa apabila seorang isteri tidur membelakangkan suami tapi malam ini dia hanya ingin menyembunyikan linangan air mata dari pandangan lelaki itu.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now