Bab 21

37.2K 1.5K 35
                                    

"Hi!" Tengku Harraz yang ingin masuk ke dalam pejabatnya berpaling. Wajahnya dikerutkan. Dia menoleh ke arah Iqbal Farhan yang berdiri di sebelahnya.

"Do you know her?"

"Nope" Iqbal Farhan merenung wajah wanita yang sedang mengatur langkah menghampiri mereka.

"Hi, Tengku!" Laju Iqbal Farhan menoleh ke arah Tengku Harraz. Dah sah-sah wanita itu kenalan Tengku Harraz.

"Do I know you?" Dingin sahaja nada Tengku Harraz. Wanita di hadapannya dipandang dengan wajah dingin.

"I Mia la, Tengku. Anak Tan Sri Mustaffa. Takkan Tengku dah tak ingat I ?" Mia Izara cuba tersenyum. Mustahil lelaki itu tidak ingat dia langsung.

"Do we have an appointment, Cik Mia?" Soal Tengku Harraz. Nadanya masih sama.

"No. I saja singgah your office. Maybe we can grab a lunch? We can discuss more about the resort" Mia Izara tersenyum manis.

Iqbal Farhan yang mendengar sudah memandang ke arah Tengku Harraz. Wajah majikan merangkap sahabatnya itu sudah berubah tegang. Iqbal Farhan diam. Dia tidak mahu masuk campur. Hanya menanti respon daripada lelaki itu.

"Part mana yang you tak faham sebenarnya, Cik Mia?" Mia Izara mengerutkan dahi. Matanya merenung tepat ke dalam anak mata hitam Tengku Harraz.

"What do you mean, Tengku?"

"After Tan Sri serahkan projek ni untuk you handle, I pun dah serahkan this project to my staff. And I already informed your company. So, I think there's no need for us to meet like this. If you have anything to discuss about the resort, you can deal with my staff yang incharge that project" Tengku Harraz sudah berpaling. Ingin meneruskan langkah ke pejabatnya.

"Tengku! At least, let's have lunch with me. If not about the resort, maybe we can talk more about us" Mia Izara mencuba lagi. Dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.

Tengku Harraz mendengus perlahan. Kalau tidak mengenangkan wanita di hadapannya itu adalah anak Tan Sri Mustaffa, dah lama dah di halau wanita itu dari pejabatnya.

"Look, Cik Mia.." nadanya cuba dikawal.

"I don't think I have any business or anything to do with you. So please get out from my office" berubah riak wajah Mia Izara apabila mendengarkan perkataan yang keluar daripada mulut Tengku Harraz.

"What?!"

"And one more thing.." Tengku Harraz sudah tayang senyum sinis.

"Please, behave yourself. About us? Sorry, don't be too delusional, Cik Mia. I'm not interested at all." dingin sahaja Tengku Harraz menuturkan sebelum laju kaki melangkah masuk ke dalam pejabat.

Iqbal Farhan menelan liur.  Wajah Mia Izara yang sudah berubah kelat itu dipandang sekilas sebelum dia turut mengatur langkah mengekori Tengku Harraz masuk ke pejabatnya. Lelaki itu sekarang memang jauh beza dengan lelaki yang dia kenal semasa di universiti dulu. Tengku Harraz yang sekarang sangat dingin dan sangat berhati batu. Dan dia sudah sedia maklum apa yang menyebabkan lelaki itu berubah sebegitu rupa.

"Who is that, bro?" Soal Iqbal Farhan sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Tengku Harraz. Wajah lelaki di hadapannya yang sedang membelek dokumen itu masih nampak tegang.

"Tan Sri Mustaffa's daughter" pendek sahaja jawapan Tengku Harraz.

"Tan Sri Mustaffa? Supplier furniture untuk resort dekat Pulau Redang tu?"

Tengku Harraz hanya mengangguk.

"Kau rapat ke dengan dia?" Tanya Iqbal Farhan lagi. Pelik. Kerana setahunya Tengku Harraz tidak pernah mesra dengan mana-mana perempuan setelah ditinggalkan Julia Raihana. Berkahwin dengan Nurina Amani pun bersebab. Hanya atas sebab kebahagiaan Tengku Amanda. Begitu juga dengan kawan baik kekasihnya itu, berkahwin dengan Tengku Harraz pun demi Amanda juga. Itu pun mujur Tengku Syafiyya yang memaklumkan kepadanya tentang keputusan yang diambil oleh Tengku Harraz dan Nurina Amani itu. Kalau tidak, tak pasal-pasal dia mati terkejut apabila Tengku Harraz memberitahunya yang dia akan berkahwin lagi. Dengan sahabat baik kekasih hatinya pulak tu.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Kde žijí příběhy. Začni objevovat