Bab 16

35.5K 1.4K 27
                                    

         "Kopi, Tengku" ujar Linda sambil menghulurkan secawan kopi yang dibancuh oleh Nurina Amani sebentar tadi. Wajah tidak beriak itu dipandang sekilas. Sudah lapan tahun dia berkerja di rumah ini bersama Halimah. Jadi dia cukup kenal dengan perangai majikannya itu. Lelaki itu walaupun nampak dingin tapi dia tidak pernah mengherdik orang bawahannya. Kebajikan mereka semua juga terjaga elok. Sebab itu mereka tetap bertahan untuk berkhidmat di rumah agam ini. Dan mereka jugalah yang menjadi saksi lumpuhnya seorang Tengku Harraz selepas ditinggalkan dan bagaimana lelaki itu bangkit semula demi Tengku Amanda.

"Hmm.." Tengku Harraz hanya mengangguk kecil. Kepalanya ditoleh ke arah tangga. Mencari kelibat Nurina Amani dan Tengku Amanda.

"Tengku nak saya panggilkan Che Puan?" Tanya Linda apabila melihat majikannya itu beberapa kali menoleh ke arah pintu masuk ruang makan itu.

"Yes, please"

Linda mengangguk sebelum kaki mengatur langkah ke arah tangga.

Senyum lebar terukir di bibir Linda apabila melihat susuk tubuh Nurina Amani yang sedang mendukung Tengku Amanda di hujung tangga tingkat dua.

"Che Puan, Tengku tunggu Che Puan dekat bawah" ujar Linda sambil tersenyum.

"Hah? Tengku belum siap makan lagi ke?" Nurina Amani membesarkan mata. Sebenarnya dia sengaja turun lambat sedikit. Dengan harapan Tengku Harraz sudah siap sarapan. Jadi tak perlulah dia mengadap muka lelaki itu. Tak sanggup!

"Tengku belum mula makan pun lagi Che Puan. Tunggu Che Puan kot" Linda tersenyum lagi memandang majikannya yang manis berbaju kurung moden rona krim itu. Dipadankan pula dengan tudung bawal berwarna kuning lembut. Memang cantik. Patutlah Tengku Harraz boleh terpikat.

"Kenapa pulak mamat tu tak makan lagi?" Gumam Nurina Amani perlahan. Langkah kaki tetap dihayun perlahan menuju ke ruang makan.

"Daddy!" Ceria sahaja suara Tengku Amanda saat matanya menangkap susuk tubuh Tengku Harraz yang sedang duduk berseorangan di meja makan.

"Hi, princess" senyuman yang jarang-jarang dilihat oleh Nurina Amani terukir di wajah lelaki itu.

"Babygirl nak sit dengan daddy ke dengan mommy?" Tanya Nurina Amani perlahan.

"Dengan mommy!" Nurina Amani hanya tersenyum mendengar jawapan kanak-kanak itu. Tengku Amanda yang berada dalam dukungan diletakkan di babychair di sebelahnya. Sikit pun dia tidak memandang wajah lelaki yang sedang memandang ke arahnya dan Amanda tanpa riak itu. Perasaan malu susulan daripada morning kiss tadi masih bersisa.

"Mommy suap Amanda, okay?"

"Okay, mommy!" Jawab Tengku Amanda sambil menepuk tangan.

Tengku Harraz hanya mendiamkan diri. Cawan dihadapannya dicapai sebelum kopi yang masih hangat itu dihirup perlahan-lahan. Tengku Harraz mengerutkan dahi.

"Mak Mah.." Halimah yang sedang mencedokkan bihun goreng ke dalam pinggan Tengku Harraz menoleh ke arah lelaki itu.

"Ya, Tengku?"

"Siapa buat kopi ni?" Pertanyaan tanpa intonasi itu membuatkan Nurina Amani menelan air liur.

"Aikk.. Linda lah Tengku. Kenapa Tengku?" Halimah menggaru kepala yang bertudung. Dia menoleh mencari kelibat Linda. Biasanya wanita itu yang mengambil tugas membancuh kopi untuk majikannya itu.

Nurina Amani sudah berdebar. Mungkin MakMah lupa atau tidak perasan siapa yang membancuh kopi itu tadi. Dia yang memandai-mandai membancuh air kopi itu walaupun dihalang oleh Kak Linda. Macam mana dia boleh terlupa yang Mamat The Rock ni yang akan minum!

"It tastes different" pendek sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki itu sebelum tangan menyuap bihun goreng didalam pinggan.

Nurina Amani hanya terkebil-kebil memandang ke arah lelaki yang sudah memulakan suapan itu. 'Nak mengaku ke tak ni? Tak payahlah kan? Bukannya dia marah pun'

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now