Bab 10

34.5K 1.4K 61
                                    

"Hah? Tengku cakap apa ni?" Nurina Amani sudah membesarkan mata. Tidak percaya dengan apa yang dituturkan oleh lelaki yang tidak menunjukkan sebarang riak disebelahnya itu.

Tengku Harraz memberhentikan kereta di bahu jalan. Rasa tidak sesuai berbicara tentang hal ini semasa sedang memandu.

"I'm offering you a job, Cik Nurina. Jadi ibu kepada anak aku. Jaga anak aku and beri dia rasa kasih sayang seorang ibu" Tengku Harraz memandang wajah Nurina Amani yang kelihatan samar-samar hasil biasan cahaya lampu jalan. Dia sudah fikir masak-masak. Kebahagiaan dia? Boleh tolak ke tepi. Tapi kebahagiaan Amanda adalah keutamaannya ketika ini.

"Tak tahu pulak saya yang jadi seorang ibu tu rupanya satu pekerjaan" Nurina Amani bersuara perlahan. Kesal sahaja nadanya ketika ini.

"It'll be a job because I'll pay you every month"

Nurina Amani sudah memicit dahi. Dia melepaskan keluhan perlahan. Susahnya bercakap dengan mamat sorang ni.

"Tengku, Tengku tak payah bayar saya satu sen pun takpe. Saya ikhlas sayangkan Amanda.Tapi kalau Tengku nak upah saya untuk jadi babysitter Amanda, saya mintak maaf sangat-sangat. Saya ada kerja saya sendiri. Dan saya tak boleh tinggal ibu saya sorang-sorang dekat sini" Nurina Amani bersuara perlahan. Cuba membuat seorang Tengku Harraz Iskandar faham dengan keadaannya.

"Babysitter? Siapa suruh kau jadi babysitter?"

"Tadi, Tengku suruh jagakan Amanda kan?" Nurina Amani sudah berkerut. Peninglah cakap dengan The Rock ni!

Tengku Harraz mendecit perlahan. Apa yang payah sangat perempuan ni nak faham.

"Kahwin dengan aku, Cik Nurina! Jadi mommy Amanda dalam erti kata sebenarnya"

Nurina Amani sudah menjegilkan mata. Hah?

"Aku akan bayar kau setiap bulan. Kau tak payah jalankan tugas sebagai seorang isteri pun because I don't care at all. Tugas kau cuma perlu jadi mommy Amanda je. That's it"

Nurina Amani tercengang. Sah! Lelaki ini memang sudah gila!

"Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik? Mungkin ada fius dalam kepala Tengku tu tercabut ke" Nurina Amani sudah bengang. Turun naik dadanya menarik nafas.

Tengku Harraz hanya mendiamkan diri mendengarkan kata-kata wanita itu. Dia mengerling tajam ke arah wanita disebelahnya sebelum pedal minyak kembali ditekan. Suasana sunyi kembali menyelubungi mereka berdua.

Nurina Amani berpaling memandang ke luar tingkap. Lihat pemandangan yang gelap gelita itu lagi menenangkan hati daripada tengok muka lelaki yang sedang memandu di sebelahnya.

"Rumah saya masuk lorong depan tu"  ujar Nurina Amani tanpa memandang ke arah Tengku Harraz.

Tengku Harraz hanya menurut. Kereta dibelok mengikut arah yang ditunjukkan oleh wanita di sebelahnya. Mata sesekali mengerling ke cermin belakang. Ingin memastikan Dani yang memandu kereta milik wanita itu tidak ketinggalan.

Tengku Harraz mengerling sekilas ke arah wanita yang daripada tadi hanya memandang ke luar tingkap. Dia tahu wanita itu marah. Dia tahu tawarannya tadi kedengaran tidak masuk akal tapi dia tidak peduli. Jika itu yang mampu membahagiakan Amanda, dia tidak kisah. Amanda adalah nyawanya. Kebahagiaan Amanda adalah kebahagian Harraz.

"Rumah saya yang paling hujung tu" suara Nurina Amani memecah kesunyian. Tengku Harraz hanya diam tidak menjawab. Dia memberhentikan kereta betul-betul di hadapan rumah yang paling hujung. Nurina Amani segera membuka pintu kereta sebelum membuka pintu pagar rumahnya supaya Dani boleh memarkirkan bumblebeenya di dalam garaj rumah.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now