Part 36

34.3K 1.2K 39
                                    

Nurina Amani kaku. Lemah terasa tubuhnya ketika ini. Tanpa perlu bertanya, kebenaran sudah terbukti di hadapan mata. Melihat Tengku Harraz yang sedang dipeluk kemas oleh Julia Raihana semasa pintu bilik itu dikuak telah membuktikan segalanya.

Setitis air mata menitis. Laju tangan naik mengelap. Tidak mahu kelihatan lemah. Hancur! Hatinya terlalu hancur. Kini dia sedar siapa dirinya di dalam hati lelaki itu.

"Maaf kalau saya menganggu.." Seboleh-bolehnya dia cuba mengawal getar suara. Mata sempat mengerling sejambak bunga ros merah yang terletak cantik di atas meja dalam pejabat lelaki itu.

Bibir mengukir senyum pahit. Tahulah dia yang dia sedang menganggu momen indah pasangan di hadapannya itu.

"Saya mintak diri dulu.." perlahan-lahan dia berpaling. Dia tidak mahu jadi orang ketiga di situ.

"Wait, Nurina. Please.." Tengku Harraz memaut lengan Nurina Amani. Wajahnya sudah cemas.

"Eh, takpelah Tengku. Saya tunggu dekat Nancy je" Nurina Amani meleraikan pegangan tangan Tengku Harraz dari lengannya. Setitik lagi air matanya jatuh. Dia tahu dia tidak layak pun untuk merasa cemburu. Dia bukannya siapa-siapa. Dia tidak berhak untuk marah. Sebab itu hatinya rasa teramat sakit ketika ini.

Sekali lagi Tengku Harraz memaut lengan Nurina Amani. Tetapi kali ini Nurina Amani ditarik ke dalam pelukan.

"Please..tolong jangan salah faham dengan aku.." Perlahan sahaja Tengku Harraz berbisik di telinga Nurina Amani yang kaku dalam dakapannya. Dia tidak mahu wanita itu salah faham.

Julia Raihana tercengang. Sukar menghadam apa yang berlaku dihadapannya ketika ini. Lama dia merenung pasangan yang sedang berpelukan itu sebelum dia melangkah pergi dari situ. Sekarang baru dia faham, dari awal lagi dia sudah tidak mempunyai peluang. Hati lelaki itu rupanya sudah menjadi hak mutlak orang lain. Bukan lagi miliknya.

Nurina Amani menolak lembut tubuh Tengku Harraz. Cuba meleraikan pelukan lelaki itu.

Tengku Harraz akur dengan tolakan tersebut. Pelukan dileraikan namun tangan memegang kemas tangan Nurina Amani. Anak mata mencari anak mata wanita itu.

"It's not like what you think, Nurina.."

Nurina Amani cuba mengukir senyuman nipis. Dia tidak mahu nampak lemah. Dia tidak mahu nampak terhegeh-hegeh. Ya, dia terluka. Daripada awal lagi lelaki itu mengingatkan bahawa hubungan ini tidak akan melibatkan hati dan perasaan, tapi Nurina Amani sendiri yang melanggarnya. Dia sudah terlanjur sayang. Jadi ini bayaran yang harus dia terima.

"Tengku ingat tak dulu saya pernah cakap, kalau lepas kita kahwin Tengku dah jumpa wanita yang betul-betul Tengku cinta, yang layak untuk jadi isteri Tengku dan mommy Amanda, Tengku tolong beritahu saya sebab saya sendiri yang akan undur diri sebelum Tengku buang saya dari hidup Tengku dan Amanda?" Bergetar suara Nurina Amani menahan sebak. Seboleh-bolehnya air mata cuba ditahan.

"Kenapa Tengku tak terus-terang je dengan saya? Saya boleh faham, Tengku. Saya boleh pergi sendiri dari hidup Tengku. Tengku tak perlu tunjuk dekat saya apa yang saya nampak harini untuk buat saya pergi dari hidup Tengku dan Amanda" Setitik demi setitik air mata mengalir. Namun segera tangan naik mengelap pipi yang sudah basah dengan air mata itu. Nurina Amani sudah tidak mampu menipu. Dia terluka.

Tengku Harraz menggeleng.

"Nurina.. I'm begging you..Tolong dengar dulu aku nak explain.."

"Tengku tak perlu explain apa-apa pun dekat saya. Saya ni bukan sesiapa pun. Saya tak layak pun terima penjelasan Tengku tu"

"No, please jangan cakap macam tu.."

"Lagipun saya rasa susah dah nak percaya cakap Tengku .."

Tengku Harraz tersentak.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now