Bab 29

35.1K 1.4K 29
                                    

Nurina Amani membuka mata yang terasa berat. Tangan cuba naik untuk memegang kepala yang berdenyut namun tidak berjaya. Dia mendesis perlahan saat tangannya bergesel dengan tali yang mengikat ketat tangannya. Dia cuba untuk bergerak namun usahanya gagal apabila tangan dan kakinya diikat kemas pada kerusi yang didudukinya.

"Dah puas tidur?" Sinis sahaja suara wanita itu menampar gegendang telinga.

Perlahan-lahan kepalanya diangkat. Nurina Amani menebarkan pandangan ke seluruh pelusuk ruang yang suram itu. Ruang yang hanya ditemani beberapa biji lampu minyak tanah itu hanya diperhatikan dengan mata yang masih kabur. Kepala cuba menghadam di mana keberadaannya ketika ini.

"Apa yang Cik Mia nak daripada saya?" Perlahan Nurina Amani bertanya. Wajah wanita yang sedang melangkah menghampirinya itu dipandang.

"I nak Tengku Harraz!"

"Kalau Cik Mia nakkan Tengku, Cik Mia terus terang dengan dia. Bukan dengan saya!" Tajam pandangan Nurina Amani ketika ini. Tidak sangka wanita di hadapannya itu sanggup bertindak hingga ke tahap itu kerana seorang lelaki.

Pang!

Satu tamparan melekat di pipi kanan Nurina Amani.

"Kau jangan nak berlagak dengan aku!"

Nurina Amani mengetap gigi. Cuba menahan rasa pedih di pipi penangan tamparan wanita yang sedang berdiri di hadapannya.

"Kau yakin sangat ke Tengku tu akan jadi milik kau selama-lamanya?"

Diam.

Tiada jawapan daripada Nurina Amani. Dia hanya menundukkan wajah.

"Kenapa kau diam? Aku tanya ni kan?! Kau pekak ke?" Jerkah Mia Izara. Sanggul Nurina Amani yang beralaskan tudung itu ditarik kasar. Memaksa Nurina Amani kembali mendongak ke arahnya.

"Tengku Harraz bukan milik saya pun Cik Mia.. Dia milik Allah!"

Pang!

Sekali lagi tamparan melekat di pipi. Tetapi kali ini pipi kiri pula menjadi mangsa.

"Kau memang sengaja kan nak naikkan darah aku?!" Jerkah Mia Izara lagi.

Nurina Amani kembali menunduk. Sedikit pun dia tidak menghiraukan Mia Izara yang sudah menggila.

"Arghhh! Kau ni memang biadap la!"
Mia Izara sudah naik hantu. Sekali lagi dia mencengkam sanggul Nurina Amani.

Tangan Mia Izara diangkat tinggi.

Pang!
Pang!
Pang!

Bergilir-gilir pipi Nurina Amani ditampar sekuat hati. Tidak dihiraukan darah merah yang sudah mengalir dari bibir wanita itu. Melihatkan wanita itu hanya diam membuatkan hati Mia Izara rasa tercabar.

Nurina Amani menggenggam tangan. Sakit yang dirasa seakan sudah tidak tertahan. Berpinar matanya ketika ini. Darah yang mengalir dari bibirnya hanya mampu dibiarkan. Air mata sudah mengalir perlahan.

'Ya Allah.. bantulah hambaMu ini Ya Allah. Sesungguhnya aku hanya insan yang lemah'

"Mia! Hey..Calm down.." Suara yang datang dari kegelapan itu membuatkan Mia Izara menghentikan perbuatannya serta merta. Segera kepala ditoleh. Tajam pandangannya ditalakan ke arah suara itu datang.

"You are late, Pa!" Tegang sahaja wajah Mia Izara.

"Sorry, sayang. Papa kena teman Dato Azhar main golf tadi" Tan Sri Mustaffa hanya tersenyum.

Dia hanya memandang ke arah wanita yang sedang menunduk itu dengan pandangan kosong.

"Amirul dengan Syakir ada dekat luar ke, pa?"

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now