Bab 9

33.6K 1.4K 44
                                    

Nurina Amani pantas bangun dari baringan. Tempat ini terlalu asing bagi dia. Dia memandang sekeliling bilik yang luas itu. Cuba menghadam di mana dia berada ketika ini. Jam di dinding bilik dikerling. Sudah pukul 5.00 petang. Perlahan-lahan Nurina Amani melangkah turun dari katil bersaiz besar itu, meninggalkan tilam yang sangat empuk itu. Hilang terus sakit badan yang dirasakan akibat tidur dalam posisi duduk semasa menjaga Amanda semalam.

Amanda? Eh? Pantas tangan naik menekup mulut. Segera dia berpusing melihat ke arah katil. Amanda sudah tiada!

Dia tertidur ke? Ya Allah! Kau dah kenapa Nurina Amani! Mesti mengamuk Tengku Harraz nanti. Sedap-sedap je dia tidur atas katil lelaki itu. Tangan naik menampar pipi sendiri.

Pantas Nurina Amani mengatur langkah menuju ke pintu. Ingin segera menuju ke dapur. Kesian bonda. Sudahlah wanita itu ingin masakkan untuknya, boleh pulak dia tidur macam permaisuri dalam bilik ini. Bilik orang pulak tu!

Laju sahaja langkah dibawa menuruni tangga.

"Hi Mommy!" Sapaan comel itu membuatkan langkah Nurina Amani yang ingin menuju ke dapur itu terhenti. Tengku Amanda yang berada di atas riba Tengku Harraz itu sudah melambai ke arahnya dengan wajah ceria.

Nurina Amani menelan liur yang terasa pahit. Dia sudah menggigit bibir apabila wajah dingin lelaki itu memandang ke arahnya.

"Saya minta maaf, Tengku. Saya tertidur atas katil Tengku" perlahan sahaja suara Nurina Amani. Dia tunduk merenung lantai. Tidak berani memandang wajah jejaka di hadapannya itu.

"Hmm" pendek sahaja jawapan yang diberikan oleh Tengku Harraz.

"Eh, Amani bangun dah. Kejap lagi boleh la makan. Dah nak siap dah tu" suara Tengku Khalida yang baru datang dari dapur membuatkan Nurina Amani mengangkat wajah.

"Bonda.." Segera langkah diatur ke arah Tengku Khalida.

"Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tertidur. Sorry sangat sebab tak tolong bonda" lembut sahaja Nurina menuturkan. Tangan wanita separuh usia itu dicapai sebelum digenggam perlahan. Wajah Nurina Amani sudah berkerut. Perasaan bersalah mencengkam tangkai hatinya ketika ini.

"Takpelah, bonda faham. Amani kan penat jaga Amanda semalam. Lagipun Harraz cakap Amanda asyik merengek je semalam. Kesian Amani" Tengku Khalida tersenyum memandang wajah ayu yang bertudung hitam itu.

Nurina Amani hanya tersenyum.

"Saya mintak maaf lagi sekali ye bonda"

"Jangan maafkan Kak Amani, bonda!" Tengku Syafa yang datang dari dapur sudah senyum mengusik.

"Syafa.. Sorry akak tak tolong Syafa dengan bonda tadi" Nurina Amani melangkah ke arah Tengku Syafa pula.

"Syafa boleh maafkan tapi dengan dua syarat" Tengku Syafa sudah tersenyum menayang gigi. Dua jari tangannya dinaikkan.

"Apa dia tu?" Nurina Amani sudah mengerutkan dahi. Seram melihat senyuman di wajah Syafa itu.

"Kak Amani jangan risau, syarat yang Syafa nak bagi nanti senang je" ujar Tengku Syafa. Sempat dia mengerling ke arah jejaka yang sedang memandang tajam ke arahnya. Kening diangkat sambil tersenyum ke arah Tengku Harraz.

"Tapi bukan sekarang, kita makan dulu, perut Syafa dah lapar sangat dah ni" Tengku Syafa menepuk perutnya sebelum tangan Nurina Amani ditarik ke meja makan.

"Mommy! Amanda nak ikut Mommy!" Tengku Amanda yang berada di pangkuan daddynya terus turun dari sofa sebelum berlari mengejar langkah kaki Nurina Amani.

Tengku Syafa dan Tengku Khalida yang melihat keletah kanak-kanak itu hanya tertawa kecil. Tengku Harraz pula hanya mendiamkan diri. Dia turut mengatur langkah menuju ke meja makan.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now