Bab 27

35.8K 1.4K 37
                                    

"Papa!"

Jeritan yang memenuhi ruang tamu villa itu membuatkan Tan Sri Mustaffa tersentak. Wajahnya berkerut memandang wajah anak daranya yang masam mencuka.

"Kenapa Mia ni? Terjerit-jerit macam ni?" Puan Sri Laila yang sedang menuruni tangga menegur. Hairan dengan anaknya yang tiba-tiba menjerit tidak tentu pasal.

"Mama jangan masuk campur!" Mencerlung pandangan mata Mia Izara ke ibunya itu.

"What happened, Mia?" Tanya Tan Sri Mustaffa dengan wajah serius. Dia tahu pasti ada sesuatu yang berlaku yang membuatkan anak perempuannya menjerit-jerit seperti itu.

"Papa tahu tak Tengku Harraz dah kahwin?!!" Mia Izara meninggikan suara. Sakit hati yang ditahan dari tadi dilepaskan.

"What?" Terbuntang mata Tan Sri Mustaffa mendengarkan berita yang baru disampaikan oleh Mia Izara.

"How did you know?"

"Mia baru balik dari office Tengku. That b*tch was there"

"Sakit hati Mia ni Papa tahu tak! Macam orang bodoh je dekat situ tadi!" Sambung Mia Izara lagi. Nadanya masih sama. Punggung dihenyakkan ke atas sofa bersebelahan Tan Sri Mustaffa.

"Seriously, papa tak pernah tahu yang Tengku Harraz dah kahwin semula" Tan Sri Mustaffa mengerutkan dahi. Pelik. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba lelaki itu sudah mempunyai isteri.

"Who is she? Anak Dato mana? Tan Sri mana?" Soal Tan Sri Mustaffa.

"Manalah Mia tahu! Papa ingat Mia ada masa ke nak berkenalan dengan perempuan kolot macam tu! She's not my level la, pa.."

"So, what's you plan? Mia nak surrender dengan perempuan tu ke?" Tan Sri Mustaffa tayang senyum sinis.

"No way, papa! Ni Mia Izara la. Takkan Mia kalah dengan perempuan bertutup litup macam tu"

Tan Sri Mustaffa melepaskan tawa. Bangga anaknya itu masih belum berputus asa.

"Do you have a plan?" Mia Izara memandang tepat ke arah wajah papanya yang masih tertawa.

"Well.. we'll get rid of her.. as simple as that"

"Tapi macam mana, pa? It's not that easy"

"No worries, sayang. Papa akan buat Tengku Harraz sendiri yang buang perempuan tu daripada hidup dia"

Mia Izara yang mendengar ayat yang keluar dari mulut Tan Sri Mustaffa sudah tersenyum lebar.

"That's why I love you so much, pa" ujar Mia Izara sambil memeluk lengan papanya itu.

'Wait and see b*tch! I akan rampas semuanya daripada you. Tengku Harraz is mine! Only mine! ' detik Mia Izara dalam hati. Bibir mengukir senyum puas.

Puan Sri Laila menggelengkan kepala melihatkan suami dan anaknya itu. Malas mahu masuk campur. Situasi itu dah biasa dilihat. Anak perempuannya itu kalau berminat dengan mana-mana lelaki, dia pasti tetap akan mendapatkannya.
Jika ada sesiapa yang menghalang, suaminya pula akan campur tangan.

Puan Sri Laila merenung ke arah dua beranak yang sedang tersenyum itu. Dia mengerutkan dahi. Tetapi kalini situasi ini seperti berbeza sedikit. Nampak seperti Tan Sri Mustaffa lebih bersemangat untuk mendapatkan lelaki yang bernama Tengku Harraz itu untuk Mia Izara.

***************************************

Nurina Amani hanya membelek mainan di tangan sebelum diletakkan kembali ke rak. Saja dia masuk ke dalam kedai permainan ini sementara menanti Tengku Syafa ke tandas. Jam di tangan dilihat sekilas. Sudah pukul 4.20 petang. Itu bermakna sudah hampir empat jam mereka membeli belah tudung untuk Tengku Syafa. Nasib baiklah Aizat ikut, bolehlah dia tolong membawa beg shopping wanita itu dan membantu menolak stroller Amanda.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)On viuen les histories. Descobreix ara