Bab 30

38.6K 1.5K 14
                                    

Tengku Harraz merenung wajah pucat Nurina Amani yang sedang lena itu. Wanita itu terus terlena selepas menerima suntikan ubat tahan sakit tadi. Mungkin dia terlalu penat. Luka di wajah dan kaki wanita itu juga telah dirawat. Doktor juga terpaksa memberi terapi iv drip kerana keadaan wanita itu masih lemah.

Tangan kirinyanya yang masih kemas dalam genggaman wanita itu hanya dibiarkan. Semenjak sampai di hospital sehinggalah masuk ke dalam wad ini, tidak sekali pun wanita itu melepaskan tangannya. Tengku Harraz perasan wajah wanita itu juga nampak ketakutan setiap kali ada jururawat atau doktor ingin cuba menyentuhnya.

Tengku Harraz melepaskan keluhan perlahan. Pergelangan tangan yang terdapat kesan lebam itu direnung tajam. Dia tidak tahu bagaimana Nurina Amani diseksa tetapi dia tahu pasti wanita itu trauma. Doktor pun ada mengatakan hal yang sama. Dia perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan segalanya akan terjawab apabila Nurina Amani bangun daripada tidur nanti.

Telefon yang berdering perlahan di atas meja tepi katil pesakit itu dicapai sebelum panggilan itu dijawab.

"Assalamualaikum Harraz!" Cemas suara di hujung talian.

"Waalaikumussalam, bonda.."

"Macam mana dengan Amani? Is she okay?"

Tengku Harraz diam. Dia tidak ada jawapan untuk itu. Secara fizikalnya, segala luka-luka di tubuh wanita itu telah dirawat. Tetapi secara mentalnya, Tengku Harraz tidak tahu. Wanita itu masih nampak tenang dalam lena.

"Harraz?" Panggilan daripada Tengku Khalida dari seberang sana mengembalikan Tengku Harraz ke alam nyata.

"InsyaAllah..she will be okay, bonda" perlahan Tengku Harraz membalas. Menyedapkan hati. Dia sendiri pun pun tidak yakin.

"InsyaAllah. Bonda tahu Amani akan okay" Tengku Khalida menghela nafas. Hampir luruh jantungnya petang tadi apabila Tengku Syafa memberitahunya menantunya itu hilang.

"Amanda okay ke bonda?" Tanya Tengku Harraz. Dia terpaksa meminta tolong Tengku Khalida untuk tengok-tengokkan Tengku Amanda sementara dia menjaga Nurina Amani di hospital.

"Okay je, Harraz. Dah tidur dah pun dia. Harraz jangan risau"

Tengku Harraz menghembus nafas lega. Risau juga  sekiranya anaknya itu meragam kerana dia dan Nurina tiada.

"Bonda dah cakap dekat Amanda yang mommy dia sakit. Daddy pula jaga mommy dekat hospital. Harraz jangan fikirkan sangat. Fokus jaga Amani tu"

"Okay, bonda"

"You don't have to worry about Amanda. Bonda akan stay at your house sampai Amani betul-betul sembuh" tambah Tengku Khalida lagi. Dia tahu menantunya itu kuat. Dia tahu Amani akan cepat sembuh. Fizikal dan juga mental.

"Thanks, bonda"

"Harraz pun pergi la rest"

"Okay, bonda. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Tengku Harraz kembali meletakkan telefon bimbit ke atas meja. Sekali lagi wajah Nurina Amani yang sedang lena itu ditenung. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia merasakan dia telah gagal. Gagal untuk melindungi seorang wanita yang bergelar isteri. Seorang wanita yang telah berkorban segalanya semata-mata untuk menjadi ibu kepada anaknya.

"I'm really sorry" bisik Tengku Harraz dengan penuh kesal. Dia berjanji, dia akan pastikan orang yang bertanggungjawab dalam kes ini menerima balasan yang setimpal. Dia akan menjejaki mereka sehingga ke lubang cacing.

Tengku Harraz memandang sekilas ke arah jam di dinding bilik wad itu. Sudah hampir pukul 11.00 malam. Dengan penuh hati-hati Tengku Harraz cuba merungkaikan genggaman tangan Nurina Amani. Tidak mahu wanita itu tersedar. Perlahan-lahan dia bangun sebelum melangkah keluar dari bilik yang menempatkan Nurina Amani. Dia mahu pergi menunaikan solat Isyak di surau.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now